ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  TOSHIBA LANCAR PERANTI KUASA PINTAR BERVOLTAN TINGGI 600V/500V DI DALAM PAKEJ BERSAIZ KECIL UNTUK MOTOR KIPAS

Wednesday 08/03/2017



TOKYO, 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran satu barisan baharu peranti kuasa pintar bervoltan tinggi (IPD) di dalam pakej bersaiz kecil untuk digunakan di dalam pelbagai motor kipas termasuk pendingin hawa, pembersih udara dan pam. Barisan baharu itu terdiri daripada dua produk, 600V/2.5A "TPD4204F" dan 500V/2.5A "TPD4206F," dan penghantaran bermula dari hari ini.
 
Dengan menggunakan teknologi MOSFET Toshiba yang terbaharu, IPD baharu itu mencapai voltan tinggi dan kehilangan kuasa yang rendah di dalam pakej “SOP30” pelekap permukaan bersaiz kecil yang baharu dibangunkan, berukuran hanya 20.0mm x 14.2mm. Ia mempunyai kira-kira hanya separuh ruang pemasangan bagi pakej [1] semasa Toshiba, yang boleh menyumbang kepada set yang lebih kecil dan lebih nipis.
 
Nota
[1] Pakej Toshiba “DIP26”
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk-produk baharu itu.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/ipd/ipd-hi-voltage.html
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai IPD Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/ipd.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Kuasa & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51522313&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170307006611/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.