ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MEMPERLUASKAN BARISAN IC PEMACU LED PENCAHAYAAN DENGAN SEBUAH INPUT WAYAR TUNGGAL

Wednesday 08/03/2017



- Barisan baharu IC output 9 dan 24 saluran merealisasikan pengecilan pelbagai modul LED
 
TOKYO, 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB62D787FTG," sebuah IC pemacu LED yang baharu dengan input sebuah wayar tunggal dan output 24 saluran, untuk peralatan hiburan dan aplikasi pencahayaan LED. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada Jun ini.
 
Produk baharu itu, sama seperti IC output 9 saluran "TB62D786FTG" Toshiba, mengintegrasikan sebuah antara muka tunggal wayar terkod Manchester. Sebuah litar pengawalan linear (output 5V) dengan sehingga input 28V, dan pin rantai daisy untuk data komunikasi juga digabungkan. Hasilnya, unit pemacu LED yang boleh dilanjutkan dapat dipertingkatkan dengan hanya 3 wayar input (sebuah bekalan kuasa, data, bumi  tunggal).
Di samping itu, dengan menambahkan mod komunikasi, yang dihidupkan oleh output 6 dan 12 saluran, meningkatkan keserasian bagi IC output 24 saluran yang baharu dengan alat kawalan. IC itu terletak di dalam sebuah pakej padat (VQFN40) dengan pad pelesapan haba di bahagian belakang yang disediakan, bagi membolehkan pengecilan unit papan LED.
 
Barisan bagi produk baharu itu dan produk output 9 saluran memperluaskan pelbagai pilihan IC mengikut kepada keadaan seperti jumlah lampu LED, saiz unit LED, penetapan tempat bagi peranti sasaran.
 
Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu
  • Antara muka berwayar tunggal terbina dalam
  • Mod komunikasi dihidupkan oleh output 6 dan 12 saluran
  • Pin rantai daisy terbina dalam bagi data komunikasi
  • Litar pengawalan linear (output 5V) dengan sehingga input 28V
  • Pakej yang padat (VQFN40 dengan pad pelesapan haba di bahagian belakang)
 
Spesifikasi Utama
Nombor bahagian TB62D787FTG

Isyarat
input
 
Input berwayar tunggal (CMOS sistem 5V), kekerapan pemindahan: 0.5MHz hingga 2MHz

Voltan
bekalan
kuasa
 
Pengatur linear terbina dalam: input 7 hingga 28V, output 5V
Voltan kawalan IC: 4.5 hingga 5.5 V (dibekalkan daripada litar pengatur liner atau kuasa luaran)

Output
LED
 
Pemacu arus yang tetap dengan output 24 saluran: 28V/85mA (maksimum), pemacu arus yang tetap (5mA hingga 40mA, disyorkan)
Pencahayaan boleh dikawal dengan gradasi PWM daripada 0 sehingga 127 (128 langkah)

Pengekal data
ID
 
Sehingga 64 pemacu ID

Pakej
 
P-VQFN40-0606-0.50-001

Harga
sampel
 
180 yen (termasuk cukai)
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB62D787FTG ®ion=apc&lang=en
 
Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51522343&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.