ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ​ELASTIC UMUM PENERIMA ANUGERAH PUNCA ELASTIC SULUNG; RAIKAN SEMANGAT DAN KESETIAAN KOMUNITI ELASTIC DAN PROJEK MEREKA MENINGKATKAN KEBAIKAN UNTUK SEMUA

Thursday 09/03/2017



SAN FRANCISCO, 9 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Elastic{ON}17) – Elastic hari ini mengumumkan penerima Anugerah Punca Elastik  yang buat julung kali diadakan pada ucap tama perasmian Elastic{ON}17. Keraian semangat dan kesetiaan komuniti Elastic, Anugerah Punca mengiktiraf tiga projek yang menggunakan Elastic Stack dalam meningkatkan kebaikan untuk semua. Para penerima termasuk eHealth Africa untuk pusat panggilan terfokus Ebola dan aplikasi pemantauan kesihatan mereka; IST Research untuk memerangi pengedaran seks dan perdagangan hamba, serta menyokong usaha kemanusiaan dengan teknologi; dan NoSchoolViolence.org bagi mengurangkan keganasan di sekolah dengan Pangkalan Data Keselamatan Sekolah Kebangsaan.

Anugerah Punca Elastic merupakan sebahagian daripada misi Elastic yang bersifat dermawan yang semakin berkembang, yang akan terus berkembang dalam memberikan manfaat kepada pertubuhan bukan berorientasikan keuntungan yang menggunakan perisian Elastic. Dalam tahun pertamanya, Anugerah Punca merangkumi pencalonan daripada pelbagai organisasi yang berusaha untuk meningkatkan keadaan insan, meningkatkan alam sekitar global atau membantu populasi tertentu yang memerlukan. Barisan hakim -- termasuk Steven Schuurman, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Elastic, Shay Banon, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi Elastic dan Leah Sutton, Naib Presiden Sumber Manusia Elastic -- menilai penyertaan berdasarkan kesan dan jangkauan mereka. Setiap pasukan projek yang dipilih menerima tiket persidangan percuma dan penginapan di hotel untuk sehingga dua ahli projek dan akan ditampilkan dalam pelbagai acara khas di Elastic{ON}17.

“Saya sentiasa mengagumi keadaan penggunaan inovatif yang direalisasikan dengan Elastic Stack dan kita telah melihat dengan Anugerah Punca, tiada had untuk orang ramai memanfaatkan teknologi kami bagi meningkatkan kehidupan,” ujar Steven Schuurman, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Elastic. “Kami sungguh berbesar hati dengan pencalonan yang kami terima dan teruja untuk berkongsi kisah kejayaan penerima, dengan harapan memberi sumber inspirasi kepada lebih banyak idea yang membawa perubahandaripada komuniti kami yang luar biasa.”

eHealth Africa
eHealth Africa (eHA) melancarkan pusat panggilan berasaskan perisian bagi membantu meningkatkan jumlah pusat panggilan terfokus Ebola dengan pantas, membenarkan pemanggil melaporkan pesakit yang sedang sakit, kemungkinan kes dan kematian Ebola dan mencapai maklumat kesihatan. Sistem yang dipertingkatkan ini telah dibangunkan dengan menggunakan Elastic Stack (kedua-dua Elasticsearch dan Kibana) dan membenarkan eHA menganalisa trend wabak dalam masa nyata.

“Elastic Stack membenarkan pusat panggilan menjana laporan harian yang membekalkan maklumat penting bagi jumlah panggilan, taburan geografi bagi sumber panggilan dan jenis amaran serta ringkasan amaran harian,” jelas Adam Thompson, Pengarah Eksekutif bagi eHealth Africa. “Dengan menggunakan Elastic Stack, kami membenarkan penggerak balas untuk menemui dan mengasingkan individu yang dijangkiti, kemudian mengesan sesiapa yang berhubungan dengan mereka. Perisian pusat panggilan kami dan infrastruktut di sekitarnya memainkan peranan yang penting dalam mengawal wabak dan menyelamatkan nyawa di Afrika Barat.” 

IST Research
IST Research membina teknologi untuk membantu memerangi penyeludupan manusia, perdagangan hamba, pengambilan tentera kanak-kanak dan aktiviti-aktiviti yang seumpamanya yang berlaku di seluruh dunia. Pulse adalah platform teknologi janaan Elastic yang mengenal pasti dan berhubung dengan populasi yang berisiko dalam dua pertiga dunia yang tidak terhubung. 

"Elastic Stack membenarkan kami menyampaikan misi kami dalam melindungi keselamatan manusia dengan menyampaikan sokongan keputusan di seluruh pelosok dunia," tegas Ryan Paterson, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas IST Research. "Oleh kerana aliran data boleh dikumpul dan ditafsir pada skala besar dengan Elastic Stack, kami berupaya untuk meningkatkan kesedaran dan membantu membentuk tindak balas terhadap sifat global masalah keselamatan manusia dan menunjukkan betapa individu yang berisiko sedang dieksploitasi di seluruh dunia." 

NoSchoolViolence.org
NoSchoolViolence.org komited untuk mengurangkan hampir jutaan kejadian kes buli, pergaduhan, penggunaan dadah, gangguan seks, vandalisme, aktiviti geng, mencuri, penggunaan senjata, ancaman, gertakan, penyisihan dan pembulian alam maya setiap tahun di sekolah. Aplikasi berasaskan webnya iaitu The LanternTM, merupakan pangkalan data janaan Elasticsearch, yang direka untuk membantu ibu bapa, pelajar, kakitangan sekolah, penyelidik dan kaunselor untuk menterjemah pengetahuan tentang cara corak tingkah laku pelajar berkaitan dengan bentuk keganasan tertentu ke dalam program intervensi baharu.
 
“Dari hari pertama, kami tahu bahawa kami memerlukan penyelesaian carian yang boleh memanfaatkan pelbagai jenis format data dan berkembang bersama kami apabila kami menjalankan carian yang lebih rumit dan aktiviti analisis di samping menyediakan keupayaan pembayangan data yang penting,” kata Dr. Paul Privateer, Pengarah Pengasas NoSchoolViolence.org. “Elasticsearch memacu pangkalan data keselamatan sekolah The Lantern, menyediakan cara yang jelas untuk pengguna membuat pertanyaan terhadap jutaan pangkalan data, rekod polis, artikel jurnal, rekod sekolah, laporan media, data perubatan, jurnal pelajar, media sosial dan pelbagai jenis maklumat sejak 1955 untuk menerangkan hubungan di antara tingkah laku tersembunyi dengan kebanyakan bentuk keganasan pelajar.”

Peserta Akhir Anugerah Punca Elastik merangkumi:

- Jabatan Sains Komputer, Universidad Carlos III de Madrid: Memudahkan risalah pakej ubat

Kebolehlihatan Penuh dan cloudpainter: Merakam gaya seni dengan robot mengecat

Persatuan Anjing Pandu dan Microsoft: Membina sebuah aplikasi prototaip bagi meningkatkan pergerakan bebas dan pengemudian untuk individu yang hilang penglihatan

Médecins Sans Frontières (Doktor Tanpa Sempadan): Meningkatkan perkongsian maklumat kakitangan, pembuatan keputusan dan kecekapan organisasi

Universiti Middlesex: Membantu penganalisa perisikan polis mentafsir data mereka dengan lebih baik

Pusat Kebangsaan untuk Pemuliharaan Flora / Taman Botani Rio de Janeiro: Menilai risiko kepupusan flora 

Nature Conservancy: Pemantauan keselamatan rangkaian untuk projek pemuliharaan global

Kementerian Awam Negeri Goias, Brazil: Carian, pengagregatan dan kecekapan dokumen kakitangan

Mengenai Elastic
Elastic adalah pembekal perisian terkemuka di dunia untuk pembuatan data berstruktur dan tidak berstruktur yang boleh digunakan dalam masa nyata untuk kes penggunaan seperti carian, pengelogan, keselamatan dan analisis. Diasaskan pada 2012 oleh insan di sebalik projek sumber terbuka Elasticsearch, Kibana, Beats dan Logstash, perisian Elastic Stack, X-Pack dan Elastic Cloud mencatatkan lebih daripada 100 juta muat turun terkumpul sehingga kini. Elastic disokong oleh Benchmark Capital, Index Ventures dan NEA dengan ibu pejabat di Amsterdam dan Mountain View, California serta pejabat dan kakitangan di seluruh dunia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila lawati www.elastic.co.

SUMBER : Elastic

Hubungan Media
Michael Lindenberger
Reidy Communications untuk Elastic
Michael@reidycommunications.com (415) 531-1449

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.