ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  GLOBAL PULSE PBB DAN WESTERN DIGITAL MENGUMUMKAN CABARAN 'DATA BAGI TINDAKAN IKLIM' KINI DIBUKA UNTUK PENYERTAAN

Friday 10/03/2017



Cabaran Membolehkan Akses Yang Belum Pernah Diadakan kepada Data dan Peralatan daripada Syarikat-syarikat Terkemuka untuk Menjanakan Penyelesaian Iklim Baharu

NEW YORK, 10 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Global Pulse, inisiatif inovasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai data besar, dan Western Digital Corporation (NASDAQ: WDC), sebuah pemimpin dunia di dalam teknologi dan penyelesaian penyimpanan data, mengumumkan satu perkongsian hari ini untuk melancarkan cabaran "Data bagi Tindakan Iklim."

Data bagi Tindakan Iklim merupakan satu cabaran inovasi terbuka yang belum pernah diadakan untuk memanfaatkan sains data dan data besar daripada sektor swasta untuk memerangi perubahan iklim. Saintis, penyelidik dan inovator data dari seluruh pelusuk dunia adalah digalakkan untuk memohon dan mengemukakan cadangan mereka di DataForClimateAction.org sebelum 10 April 2017.

"Memacukan tindakan yang berkesan berhubung perubahan iklim bukan sahaja memerlukan data iklim, tetapi juga banyak maklumat mengenai tingkah laku manusia," kata Robert Kirkpatrick, Pengarah Global Pulse PBB. "Data besar boleh memberikan maklumat balas yang dinamik mengenai bagaimana masyarakat terjejas dan terlibat oleh sistem iklim, dan membolehkan inovasi untuk meningkatkan kemampanan dan daya tahan. Data ini terutamanya dipegang oleh syarikat-syarikat, seperti mereka yang turut serta di dalam Data bagi Tindakan Iklim."

Dengan sokongan daripada Tabung Ancaman Global Skoll, cabaran global ini telah merangsangkan satu gabungan terdiri daripada pelbagai syarikat daripada pelbagai industri dan negara untuk mengambil bahagian melalui tindakan ‘kedermawanan data’. Cabaran itu akan menawarkan kepada penyelidik dengan peluang untuk mendapatkan akses yang belum pernah diperolehi sebelum ini kepada set data di peringkat nasional, serantau dan global — tanpa nama dan teragregat untuk melindungi privasi — dan peranti yang kuat untuk menyokong penyelidikan mereka.

Syarikat-syarikat yang menyumbang data bagi cabaran itu termasuk:
 
-BBVA Data & Analytics, sebuah syarikat analisis data kewangan  
-Crimson Hexagon, sebuah syarikat perusahaan analisis media sosial
-Earth Networks, sebuah operator rangkaian sensor cuaca dan kilat
-Nielsen, sebuah  syarikat analisis dan pengukuran global
-Orange, sebuah pembekal telekomunikasi global
-Planet, sebuah operator rangkaian satelit imejan bumi  
-Plume Labs, sebuah syarikat alam sekitar sains data  
-Schneider Electric, sebuah  pakar global di dalam pengurusan tenaga dan automasi
-Waze, sebuah aplikasi pemanduan arah dan trafik tepat masa percuma berasaskan komuniti

Di samping itu, penyelidik boleh memohon untuk menerima sokongan pengkomputeran awan daripada Microsoft, dan sokongan analisis visual daripada Tableau.

"Sebagai syarikat penyimpanan data yang terbesar di dunia, kami memahami kuasa dan janji bagi data, dan sangat teruja mengenai penggunaannya sebagai sebuah pemangkin kepada perubahan," kata Dave Tang, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Unit Perniagaan Sistem Pusat Data, Western Digital. "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan pasukan Global Pulse Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bukan sahaja membantu membina naratif dan rangka kerja bagi cabaran Data bagi Tindakan Iklim, tetapi untuk menguatkan dan memacukan penglibatan ke seluruh data bagi pergerakan sosial yang baik. Kami mengalu-alukan pandangan dan penyelesaian yang dijana daripada cabaran ini dan kemungkinan yang dapat digambarkan mereka untuk masa hadapan kita."

Maklumat mengenai Cabaran itu:

Data bagi Tindakan Iklim akan mensasarkan tiga bidang yang berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Mapan berhubung tindakan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDG 13): mitigasi iklim, penyesuaian iklim, dan hubungan di antara perubahan iklim dan Agenda 2030 yang lebih luas.

Cabaran itu bertujuan untuk menghasilkan kertas penyelidikan asal dan peranti yang menunjukkan bagaimana inovasi yang didorong oleh data dapat memberikan penyelesaian di peringkat akar umbi dan mengubah usaha untuk memerangi perubahan iklim. Ia dibina di atas model pertandingan sains data yang dipelopori oleh organisasi seperti Kaggle, dan inisiatif khusus syarikat untuk berkongsi data besar demi kebaikan awam, seperti cabaran "Data bagi Pembangunan" yang dianjurkan oleh Orange.

Penyelidik-penyelidik yang dipilih untuk mengambil bahagian di dalam Data bagi Tindakan Iklim akan mempunyai masa empat bulan untuk menjalankan penyelidikan mereka. Sebuah panel terdiri daripada pelbagai pakar dalam perubahan iklim dan sains data akan menilai penghujahan akhir berdasarkan kepada metodologi mereka, hubungan, dan potensi impak. Pemenang akan diumumkan pada November 2017.

Untuk mengemukakan permohonan atau mencari maklumat tambahan mengenai cabaran itu, sila layari laman web rasmi di DataForClimateAction.org.

Untuk membaca lebih lanjut mengenai sokongan Western Digital Corporation berhubung data bagi pergerakan yang baik, sila layari DataMakesPossible.com.

Syarikat-syarikat yang menyumbang:

Elena Alfaro, Ketua Pegawai Eksekutif, BBVA Data & Analytics:
"Di BBVA Data & Analytics kami percaya di dalam tanggungjawab moral bagi organisasi yang didorong oleh data untuk berkongsi data dan menyumbang kepada masyarakat. Dalam kerjasama kami sebelum ini dengan Global Pulse PBB, kami mendapati bahawa data kewangan agregat boleh menghasilkan persepsi yang jelas kepada bagaimana krisis menjejaskan penduduk yang lemah. Bersama-sama kami menunjukkan satu kaedah baharu untuk mengukur daya ketahanan ekonomi masyarakat kepada bencana alam. Cabaran Data bagi Tindakan Iklim merupakan satu lagi cara konkrit untuk meletakkan data bekerja bagi tindakan iklim, dan kami berharap untuk menyumbang sekali lagi, dengan data kewangan agregat kami dan kecemerlangan kami di dalam bidang sains data."

Jim Pinkelman, Pengarah Kanan, Microsoft Research:
"Kami berbangga dapat menyokong cabaran global yang penting ini, dan kami berharap dapat menyediakan kepada Microsoft Azure untuk melanjutkan kerja-kerja penyelidik yang berinovatif ini."

Lisa Errion, Naib Presiden bagi Dasar Awam Antarabangsa, Nielsen:
"Nielsen berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada cabaran berinovatif ini sebagai sebahagian daripada inisiatif Data untuk Kebaikan kami bagi meningkatkan penggunaan data untuk memajukan kebaikan sosial."
 
Mari-Noëlle Jégo-Laveissière, Naib Presiden Eksektif Kanan bagi Inovasi, Pemasaran dan Teknologi, Orange:
"Kami yakin bahawa Data bagi Tindakan Iklim akan membantu menggalakkan penyelidikan mengenai potensi data untuk menangani perubahan iklim pada satu skala global. Penglibatan Orange dengan cabaran itu adalah satu kesinambungan semula jadi kepada inisiatif inovasi terbuka kami yang memberi tumpuan kepada bagaimana sains data besar boleh menyumbang kepada pembangunan mapan dan kebajikan sosial. Ini menunjukkan komitmen kami yang berterusan untuk memudahkan penyelesaian bagi membantu menangani isu-isu sosial dan alam sekitar bagi seluruh masyarakat global."

Will Marshall, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Planet:
"Menangani perubahan iklim akan memerlukan banyak pihak bekerja dengan peralatan yang paling berkuasa. Di Planet, kami menyumbang kepada visi ini dengan pengimejan seluruh dunia, setiap hari, dan membuat perubahan yang boleh dilihat dan boleh diakses di Bumi. Kami gembira untuk bekerjasama dengan Global Pulse PBB pada cabaran Data bagi Tindakan Iklim, dan untuk meletakkan data yang terkini mengenai planet kita ke tangan inovator yang boleh membantu membuat kemajuan pada satu daripada isu yang paling terdesak pada masa ini."
 
Romain Lacombe, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Plume Labs:
"Plume Labs gembira kerana dapat mengambil bahagian di dalam Data bagi Tindakan Iklim dengan menyediakan akses kepada Plume Air Cloud, API pencemaran atmosfera kita. Pencemaran udara adalah merupakan krisis kepada  alam sekitar dan juga kepada kesihatan. Melalui data terbuka dan penyelesaian yang berinovatif, kami boleh bekerja bersama-sama untuk membuat udara yang kita hirup lebih bersih."

Ron Sznaider, Naib Presiden Kanan bagi Perkhidmatan Awam, Schneider Electric:
"Sebagai sebuah pemimpin dunia di dalam pengurusan dan automasi tenaga, Schneider Electric merubah ramalan cuaca dan pasaran pertanian dengan memacukan inovasi yang membolehkan operasi pertanian untuk membuat keputusan kritikal, tepat masa. Kami berharap dapat menyediakan kepada penyelidik dengan akses kepada data cuaca melalui Data bagi Tindakan iklim, supaya mereka boleh menjanakan penyelesaian baharu dan berinovatif untuk petani dan masyarakat di seluruh dunia."
 
Neal Myrick, Pengarah bagi Impak Sosial di Tableau & Pengarah, Yayasan Tableau:
"Cabaran ini adalah satu peluang hebat untuk membawa kemahiran dan pandangan visualisasi data kepada masyarakat global iaitu saintis, penggubal dasar, inovator, dan pendukung yang berjuang bagi tindakan iklim. Kami teruja untuk memainkan peranan kami bagi membolehkan data dapat diakses dan boleh dilaksanakan bagi semua mereka yang bekerja untuk masa hadapan yang lebih baik."

Adam Fried, Perkongsian Global, Waze:
"Dengan menggunakan Waze secara tepat masa, pandangan yang bersumberkan orang ramai, Program Waze Connected Citizens telah membawa eksperimentasi yang didorong oleh data untuk menyelesaikan pelbagai cabaran mobiliti, meningkatkan masa tindak balas kecemasan dan pengurusan trafik hipertempatan. Kami teruja untuk melihat bagaimana penyelidik yang mengambil bahagian dalam Cabaran Data bagi Tindakan Iklim boleh berkembang berikutan impak kepada Program Connected Citizens untuk mempercepatkan tindakan iklim."
 
Maklumat mengenai Global Pulse PBB
 
Global Pulse adalah satu inisiatif oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke arah menggalakkan kesedaran mengenai peluang-peluang yang disediakan oleh data besar bagi pembangunan mapan dan tindakan kemanusiaan, dan menempa perkongsian untuk berkongsi data awam-swasta, menjana peranti analisis yang berimpak tinggi dan pendekatan melalui rangkaian Pulse Labs mereka dan memacukan penggunaan yang lebih luas berhubung inovasi yang berguna merentasi ke seluruh sistem PBB. Global Pulse adalah satu suara utama di dalam pergerakan kedermawanan data dan pendukung bagi tanggungjawab data. Untuk mendapatkan  maklumat lanjut, sila layari www.unglobalpulse.org atau ikuti di Twitter @UNGlobalPulse.

Maklumat mengenai Western Digital Corporation

Western Digital Corporation (NASDAQ: WDC) adalah sebuah pembekal terkemuka industri bagi teknologi penyimpanan dan penyelesaian yang membolehkan orang ramai untuk mencipta, menggerakkan, mengalami dan memelihara data. Syarikat itu menangani keperluan pasaran yang sentiasa berubah dengan menyediakan satu portfolio lengkap yang menarik, penyelesaian penyimpanan yang berkualiti tinggi dengan inovasi yang bertumpukan pelanggan, kecekapan tinggi, fleksibiliti dan kelajuan. Produk kami dipasarkan di bawah jenama HGST, SanDisk dan WD kepada OEM, pengedar, penjual semula, pembekal infrastruktur awan dan pengguna. Ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif #DataMakesPossible Western Digital.

Maklumat mengenai Tabung Ancaman Global Skoll

Misi Tabung Ancaman Global Skoll adalah untuk berhadapan dengan ancaman global yang membahayakan manusia dengan mencari penyelesaian, mengukuhkan pakatan, dan mendorong tindakan yang diperlukan untuk melindungi masa hadapan. Tabung itu secara proaktif berusaha untuk mencari, memulakan, atau bersama mewujudkan idea dan/ atau aktiviti yang boleh mempunyai impak yang berskala besar. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.skollglobalthreats.org.

Hubungi
Global Pulse PBB
Felicia Vacarelu, 646-723-4810
felicia@unglobalpulse.org
atau
Porter Novelli bagi pihak Western Digital Corp.
Lisa Neitzel, 408-738-7884
lisa.neitzel@porternovelli.com

Sumber: Western Digital Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170309005466/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.