ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  KEPCO DAN PKS KOREA SERTAI 'EPRE MALAYSIA 2017'

Friday 10/03/2017



"KEPCO dan 12 PKS cemerlang sertai Pavilion Korea di pameran EPRE Malaysia 2017 yang diadakan di KLCC di Kuala Lumpur, Malaysia"

SEOUL, Korea Selatan, 10 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pavilion Korea, dengan disokong oleh KEPCO, menyertai 'EPRE Malaysia 2017’ yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 15 Mac hingga 17 Mac, selama 3 hari.

KEPCO adalah utiliti elektrik terbesar di Republik Korea yang bertanggungjawab bagi penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik dan pembangunan projek-projek berkuasa elektrik. Ia telah berusaha untuk menyokong pertumbuhan perniagaan bersama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemasaran di luar negara. Ia juga menyediakan pelbagai program dan perkhidmatan bagi membangunkan PKS dan menerokai pasaran luar negara.

KEPCO mengambil bahagian sebagai sebuah Pavilion Korea bersama-sama dengan 12 PKS yang cemerlang (Joongwon Electric Corporation, Namsung industri co., Young-Hwa Industrial Electric Co., Ltd., Costal Corporation, Entec Electric & Electronic Co., Ltd., Hanbiteds Co., Ltd., Dongnam Petroleum Ind. Co., Ltd., LightStar, Segibiz Co., Ltd., Samkwang Industrial & Electric Co., Ltd., CTE Tech Co., Ltd., Jeongin System Co., Ltd.) dalam pameran ini sebagai sebahagian daripada pelbagai projek untuk syarikat-syarikat Korea bagi menembusi ke dalam pasaran luar negara. Ia adalah satu peluang yang baik untuk meningkatkan kesedaran mengenai produk Korea di pasaran Malaysia dan menunjukkan keunggulan produk Korea, serta menjangkakan pertumbuhan sinergi dengan PKS.

Acara itu, yang diadakan dua kali setahun, telah dihadiri oleh Pavilion Korea pada akhir tahun 2015, dan ia mampu untuk menarik sambutan yang hebat daripada peserta dan pengunjung berdasarkan kepada keunggulan produk Korea dengan bersaing bersama-sama syarikat-syarikat terkemuka di dunia. Acara tahun ini juga dijangka menarik perhatian pembeli Malaysia serta di banyak negara Asia Tenggara dengan teknologi dan produk yang cemerlang oleh syarikat-syarikat Korea.

Pavilion Korea terletak di Petak No.1911 di Dewan 1 di KLCC. Ramai pengunjung yang berminat dengan produk dan teknologi peralatan kuasa elektrik Korea yang unggul dijangka berada di pameran ini yang akan diadakan selama tiga hari bermula 15 Mac hingga 17 Mac.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51523722&lang=en

Hubungi

EXMACOM Co., Ltd.
Jane Park, 82) 2-414-2921
Jabatan  Pemasaran
jane@exmacom.com
 
Sumber: EXMACOM CO., LTD.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170309006522/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.