ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  ELASTIC MENCAPAI 100 JUTA MUAT TURUN BAGI ELASTIC STACK

Tuesday 14/03/2017



Produk dan ciri-ciri baharu akan memacu pengambilan produk Elastic dengan lebih jauh melalui komuniti pengguna sumber terbuka dan asas pelanggan global yang sedang berkembang.


SAN FRANCISCO, 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Elastic{ON}17) -- Elastic, syarikat di sebalik sumber terbuka Elastic Stack (Elasticsearch, Kibana, Logstash dan Beats), sambungan komersil X-Pack, dan Elastic Cloud, mengumumkan bahawa ia telah melepasi tanda 100 juta muat turun dan mendedahkan sebuah tatasusunan bagi produk baharu. Meningkat daripada 50 juta muat turun setahun yang lalu dan 20 juta pada tahun sebelumnya, detik penting ini menjadikan Elastic sebagai salah satu daripada penyedia perisian perusahaan sumber terbuka yang paling berjaya. Produk Elastic menyelesaikan dan dibenamkan dalam kes penggunaan misi kritikal seperti carian aplikasi, pengelogan, analisis keselamatan, analisis metrik, analisis pengoperasian serta turut digunakan untuk membina aplikasi data masa sebenar dan boleh skala.

“Sejak permulaan, kami telah membina produk yang menyelesaikan masalah kompleks di samping membuatkannya mudah untuk pengguna kami memulakan dan mengukur usaha mereka setiap kali mereka menggunakan perisian kami,” kata Shay Banon, Pengasas Bersama Elastic dan CTO. “Detik penting 100 juta muat turun ini adalah bukti besar kepada komuniti pengguna, pelanggan dan rakan kongsi kami yang menakjubkan yang terus membuat pembaharuan bersama produk kami, menemui kes penggunaan baharu dan membina sistem teragih.”
Pada persidangan pengguna tahunan ketiga, Elastic{ON}17, Elastic mengumumkan produk dan ciri-ciri baharu berikut, dijadualkan tersedia pada masa musim bunga 2017:
  • Modul Filebeat: Modul Filebeat Elastic mencipta pengalaman ringkas, di luar kotak untuk mengumpul, menghuraikan dan menggambarkan data log daripada sistem dan perkhidmatan seperti Apache2, Nginx, MySQL dsb. Apabila dipasang, modul Filebeat menghantar data ke dalam Elasticsearch dan papan pemuka Kibana tetapan templat pra-tertatarajah untuk pengguna menganalisis data dengan pantas.
     
  • Siri Masa Pembina Visual: Melanjutkan kuasa Timelion dan Metricbeat, Siri Masa Pembina Visual menunjukkan kuasa pengagregatan dalam pembayangan yang sama. Sebagai suatu ciri baharu dalam Kibana, pengguna boleh mencipta pembayangan berkuasa dan tersuai (Histogram, Tolok, Metrik, Top N, dan Markdown) untuk data numerik dan siri masa seperti metrik log, statistik aplikasi dan statistik penyedia.
     
  • Mesin Pembelajaran: Keupayaan mesin pembelajaran tanpa seliaan baharu Elastic mengenalpasti anomali dan unsur luaran dalam data tersimpan dalam Elasticsearch berdasarkan model ramalan. Dengan mesin pembelajaran terbina ke dalam Elastic Stack, kuasa pandangan automatik dan statistik pada data sebarang jenis, saiz dan kerumitan akan memberikan kuasa kepada pengguna untuk mengambil langkah proaktif untuk pengenalpastian penipuan, keselamatan siber dan banyak lagi.
     
  • Perusahaan Elastic Cloud: Berdasarkan Elastic Cloud, penawaran Elasticsearch dan Kibana dihoskan oleh Elastic, Perusahaan Elastic Cloud mengautomatikkan penetapan, pentadbiran dan pengoperasian bagi menguruskan persekitaran Elastik Stack berbilang melalui konsol tunggal. Perusahaan Elastic Cloud menyediakan pilihan untuk dilaksanakan di premis, dalam penetapan maya atau awan umum. Ia termasuklah semua ciri terkini Elastic Stack dan X-Pack; dan membenarkan pengguna menawarkan perkhidmatan berpusat seperti pengelogan, pengawasan dan mencari sebagai keupayaan perkhidmatan merentasi seluruh organisasi mereka.
Juga diumumkan di Elastic{ON}17 adalah produk masa depan yang akan melanjutkan Elastic Stack untuk jenis pengguna, jenis data dan pembayangan yang baharu:
  • Elasticsearch SQL: Dengan mendedahkan bahasa yang ramai pengguna sudah biasa dengannya dan melanjutkannya dengan keupayaan unik Elasticsearch, Elasticsearch SQL membuka pintu untuk pengguna baharu dan jenis interaksi baharu.
     
  • Kanvas Kibana: Membolehkan cara ekspresif baharu untuk pengguna berinteraksi dengan data mereka, Kanvas Kibana membolehkan pengguna membuat dan mengarang carta, papan pemuka, persembahan dan maklumat grafik dengan data langsung dan masa sebenar daripada Elasticsearch.
Ketahui Lebih Lanjut
Mengenai Elastic
Elastic adalah pembekal perisian terkemuka di dunia untuk pembuatan data berstruktur dan tidak berstruktur yang boleh digunakan dalam masa nyata untuk kes penggunaan seperti carian, pengelogan dan analisis. Diasaskan pada 2012 oleh insan di sebalik projek sumber terbuka Elasticsearch, Kibana, Beats dan Logstash, perisian Elastic Stack, X-Pack dan Elastic Cloud mencatatkan lebih daripada 100 juta muat turun terkumpul sehingga kini. Elastic disokong oleh Benchmark Capital, Index Ventures dan NEA dengan ibu pejabat di Amsterdam dan Mountain View, California serta pejabat dan kakitangan di seluruh dunia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila lawati www.elastic.co.

Hubungan Media Elastic:

Amerika Utara
Michael Lindenberger
Reidy Communications untuk Elastic
michael@reidycommunications.com
+1-415-531-1449

EMEA
Rory MacDonald
Age of Peers Ltd untuk Elastic
rory@ageofpeers.com
+44 (0)7899 965232



SUMBER : Elastic


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.