ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN GUBAHAN BUNGA IKEBANA YANG MENAKJUBKAN OLEH ARTIS HIROKI MAENO

Tuesday 21/03/2017



Menghiasi Ruang Lobi dengan Bunga “Sakura” yang Indah

TOKYO, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas gubahan bunga “Ikebana” yang dicipta oleh artis terkenal Hiroki Maeno dari 1 April hingga 16 April, 2017. Sebuah gubahan bunga yang besar berukuran 2.7 meter kali 5 meter yang dihiasi mewah dengan kira-kira 200 dahan bunga "sakura" yang indah, yang merupakan satu daripada lambang simbolik yang paling penting mengenai kecantikan estetik Jepun semasa musim bunga, akan dipaparkan di ruang lobi utama di tingkat tiga bagi tetamu hotel untuk menikmatinya secara percuma.

Artis Hiroki Maeno akan juga mengadakan dua bengkel gubahan bunga Ikebana yang diadakan pada 6 April dari pukul 4 petang dan pukul 6.30 petang di hadapan gubahan beliau yang menawan itu. Tetamu akan dapat melihat bengkel ini oleh kerana ia akan diadakan di ruang lobi.

Kira-kira 75% daripada tetamu yang menginap di Keio Plaza Hotel adalah merupakan pelawat dari luar negara dari lebih 100 buah negara yang berlainan. Oleh itu, hotel kami telah mengadakan pameran gubahan bunga Ikebana oleh Maeno sebanyak empat kali setahun untuk menunjukkan kepada tetamu kami mengenai rasa tradisional Jepun berhubung kecantikan estetik Jepun semasa setiap satu daripada empat musim itu. Gubahan-gubahan ini juga menunjukkan kebolehan artis Maeno sebagai seorang pengeluar ruang. Tambahan pula, pameran yang akan datang akan menyediakan kepada tetamu dengan satu peluang yang jarang berlaku untuk menikmati bunga "sakura", yang hanya kekal mekar selama satu hingga dua minggu dan dijangka telah gugur daripada pokok-pokok di kawasan Tokyo pada masa pameran itu diadakan.

[Gubahan Bunga Ikebana Artis Hiroki Maeno]
Hiroki Maeno menghasilkan banyak gaya yang berbeza yang pasti memukau semua mereka yang melihatnya. Beliau telah diberikan sebuah nama kesatuan "Ahli Mahir Bunga Maeno" sebagai mengiktiraf bakat dan kebolehan beliau yang tinggi, serta "Arkitek Gubahan Bunga" oleh kerana keindahan dan berskala besar bagi gubahan bunga beliau. Beliau telah diminta untuk membuat gubahan bunga bagi Mesyuarat Tenaga APEC yang diadakan di Kyoto, Ulang Tahun 1300 Tahun bagi Tokong Jinguji, dan pelbagai acara lain termasuk program televisyen dan pementasan. 

Versi Lengkap bagi Siaran Media

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170320005075/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.