ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TOMI ENVIRONMENTAL SOLUTIONS, INC. MELENGKAPKAN $5.3 JUTA DANA PENEMPATAN PERSENDIRIAN YANG DIKETUAI OLEH DANA INSTITUSI YANG BERPANGKALAN DI HONG KONG

Tuesday 21/03/2017



BEVERLY HILLS, Calif., 21 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TOMI Environmental Solutions, Inc. (“TOMI”) (OTCQX:TOMZ), sebuah syarikat dekontaminasi dan pencegahan jangkitan global yang pakar dalam jualan dan perkhidmatan disinfeksi/dekontaminasi, termasuk pengilangan, jualan dan pelesenan kabut/kabus berasaskan hidrogen peroksidanya iaitu SteraMist, yang berdaftar dengan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (“EPA”), mengumumkan hari ini bahawa mereka telah mengumpul hasil kutipan kasar sebanyak $5.3 juta dalam transaksi penempatan persendirian (“Pembiayaan”). TOMI akan menggunakan hasil kutipan tersebut daripada Pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan, pendaftaran produk antarabangsa, pengembangan tenaga jualan dalamannya, pemasaran, perhubungan awam, pengembangan label EPAnya dan untuk modal kerja serta untuk tujuan korporat umum.

Berhubung dengan Pembiayaan, nota janji boleh tukar boleh panggil senior ("Nota") yang dikeluarkan oleh TOMI dengan jumlah pokok agregat sebanyak $5.3 juta. Nota tersebut akan matang pada 31 Ogos, 2018, melainkan ditebus lebih awal, dibeli semula atau ditukarkan. Nota tersebut boleh ditukar pada bila-bila masa oleh pemegang kepada saham biasa pada harga pertukaran $0.54 sesaham. Dari dan selepas 1 September, 2017, TOMI boleh menebus Nota tersebut pada bila-bila masa sebelum tarikh matang pada harga bersamaan 100% daripada jumlah pokok Nota yang akan ditebus ditambah faedah yang terakru dan boleh dibayar pada tarikh penebusan. Faedah pada Nota adalah dibayar dua kali setahun secara tunai pada 28 Februari dan 31 Ogos setiap tahun, bermula pada 31 Ogos, 2017, pada kadar 4 peratus setahun.

Sebagai tambahan, waran tiga tahun ("Waran") yang dikeluarkan oleh TOMI untuk membeli sehingga agregat 833,333 saham biasa pada harga laksana sebanyak $0.69 sesaham. Jika Waran tersebut ditukar sepenuhnya, TOMI akan menerima kira-kira $575,000 dalam dana tambahan.

Sekuriti yang dijual dalam Pembiayaan belum didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda ("Akta Sekuriti"), atau undang-undang sekuriti negeri dan mungkin tidak ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat tanpa pendaftaran dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa atau pengecualian berkenaan daripada keperluan pendaftaran sedemikian.

Siaran akhbar ini telah dikeluarkan mengikut Peraturan 135c di bawah Akta Sekuriti dan tidak boleh dianggap sebagai tawaran menjual atau meminta tawaran untuk membeli sekuriti, mahu pun jualan sekuriti di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau jualan sedemikian akan menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi negeri sedemikian.

Dana yang telah membeli majoriti tertunggak pokok di bawah Nota ialah: AP Asia Absolute Return Master Fund Limited, AP Asia Alpha Strategy Master Fund, Kalix Fund Limited dan Light & Salt Fund SP.

Mengenai TOMI Environmental Solutions, Inc.
TOMI Environmental Solutions, Inc. (OTCQX:TOMZ) ialah sebuah syarikat dekontaminasi dan pencegahan jangkitan global, menyediakan penyelesaian alam sekitar mesra alam untuk disinfeksi permukaan dalam bangunan melalui pengilangan, jualan dan pelesenan platform utamanya iaitu Binary Ionization Technology® (Teknologi Pengionan Binari, BIT™), yang telah dicipta di bawah geran pertahanan dengan kerjasama Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (DARPA), Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. BIT™ menggunakan Hidrogen Peroksida peratus rendah sebagai satu-satunya bahan aktif bagi mengeluarkan radikal hidroksil (ion OH) dan diwakili oleh jenama produk TOMI™ SteraMist™, yang menghasilkan aerosol pembunuh kuman yang bersifat seperti gas.

Produk TOMI direka untuk memberikan khidmat kepada spektrum struktur perdagangan yang luas merangkumi hospital dan kemudahan perubatan, kapal persiaran, bangunan pejabat, bilik hotel dan motel, sekolah, restoran, untuk keselamatan bukan makanan dalam kemudahan pemprosesan daging dan hasil keluaran, berek tentera, dan kemudahan sukan. Produk dan perkhidmatan TOMI juga telah digunakan di kediaman keluarga tunggal dan kediaman pelbagai unit.

TOMI juga membangunkan program latihan dan protokol aplikasi untuk kliennya dan merupakan anggota dalam kedudukan yang baik bagi Persatuan Keselamatan Biologi Amerika, Persatuan Bank Tisu Amerika, Persatuan untuk Pakar dalam Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi, Persatuan untuk Epidemiologi Penjagaan Kesihatan Amerika dan Persatuan Industri Pemulihan. Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.tomimist.com atau hubungi kami di info@tomimist.com.

Mengenai AP Asset Management (HK) Limited
AP Asset Management (HK) Limited (“APAM”) ialah pengurus pelaburan bagi kedua-dua AP Asia Absolute Return Master Fund Limited dan AP Asia Alpha Strategy Master Fund. APAM pakar dalam strategi pulangan mutlak ekuiti jangka panjang/pendek untuk memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Asia dan China.

Mengenai Kalix Fund Limited
Objektif pelaburan Sub-Dana adalah direka untuk memberikan pulangan terlaras risiko yang menarik buat pelabur dengan pelbagai strategi. Sub-Dana boleh melibatkan risiko melebihi purata dan hanya sesuai untuk individu yang boleh menerima kemungkinan kerugian modal. Walau bagaimanapun, pengarah Sub-Dana akan berusaha mengurangkan risiko sedemikian dengan pengurusan risiko yang ketat dan sebarang risiko memadai yang terlibat.

Mengenai Light & Salt Fund SP
Pendekatan pelaburan Light & Salt Fund SP adalah penjejakan bukan indeks didorong asas dengan tumpuan pada syarikat tertumpu Pan-Asia Pasifik modal sederhana hingga besar. Light & Salt Capital Management Limited (“L&S”) ialah sebuah syarikat yang diperbadankan dan berpangkalan di Hong Kong. L&S bertindak sebagai sebuah platform pengurusan kekayaan bebas yang menyediakan penyelesaian untuk pelbagai keperluan pelaburan kliennya. Pendekatan L&S terhadap pengurusan aset adalah menguruskan aset kliennya secara aktif dengan menggunakan proses yang didorong oleh disiplin pelaburan. Misinya adalah untuk menawarkan perhubungan yang berkualiti berdasarkan kepercayaan, prestasi dan perkongsian matlamat bersama.

Pernyataan Perlindungan Selamat di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995

Pernyataan bertulis dan lisan tertentu yang dibuat oleh kami boleh membentuk "pernyataan yang memandang ke hadapan" seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 ("Akta Pembaharuan"). Pernyataan yang memandang ke hadapan dikenal pasti oleh perkataan dan frasa sedemikian sebagai "kami jangka," "dijangka untuk," "anggar," "dianggar," "pandangan semasa," "kami mengharapkan untuk," "akan bersamaan dengan," "unjur", "unjuran," "diunjur untuk," "ramal," "diramal"," "kami percaya," "mungkin," dan frasa seumpama yang lain. Semua pernyataan yang menangani prestasi operasi, acara, atau perkembangan yang kami jangka atau ramal akan berlaku pada masa akan datang, termasuk pernyataan yang berkaitan dengan pertumbuhan pendapatan, perolehan, pertumbuhan perolehan sesaham, atau unjuran yang sama, adalah pernyataan yang memandang ke hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan. Ia adalah memandang ke hadapan dan hendaklah dinilai berdasarkan faktor risiko penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar kami berbeza dengan ketara daripada hasil yang dijangkakan. Maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini adalah berdasarkan fakta dan keadaan yang diketahui pada masa ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini pernyataan yang memandang ke hadapan ini selepas tarikh siaran ini.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA:
Paul Varga
Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam
(301) 628-2831
pvarga@tomimist.com


SUMBER : TOMI Environmental Solutions, Inc.



--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.