ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  BERKONGSI KERIANGAN! POCKY UMUMKAN BILANGAN KEBAHAGIAAN YANG DIKONGSI PADA 'KEMPEN PEMBILANG SENYUMAN' HARI POCKY SEDUNIA YANG PERTAMA SEUMPAMANYA

Wednesday 22/03/2017



KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sempena memperingati hari Pocky pada 11 November, pengeluar makanan Jepun Ezaki Glico Co., Ltd. (Osaka, Jepun) telah melancarkan "Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky" pada bulan November lalu, dengan meminta peserta untuk mengumpul senyuman. Kempen tersebut telah diaktifkan di Jepun, China, Taiwan, Indonesia, dan Malaysia di mana Pocky, satu daripada biskut coklat Jepun yang paling popular meraikan ulang tahunnya ke-50, dinikmati secara meluas.

Hari ini, Glico telah mengumumkan bilangan jumlah senyuman yang dikumpul melalui kempen itu. PEMBILANG SENYUMAN telah mengumpulkan 447651 senyuman! Dengan mesej jenama "Berkongsi Keriangan!" Pocky menggalakkan orang ramai untuk berkongsi keriangan dan kelazatan dengan keluarga dan rakan-rakan mereka. Hari Pocky 2016 adalah percubaan pertama oleh Pocky untuk membawa mesej jenama itu ke luar Jepun.  "PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky" telah dicipta untuk bukan hanya mengumpul senyuman tetapi juga bagi mendapatkan dunia untuk memahami bagaimana mudah dan menyeronokkan untuk berkongsi keriangan!

Laman web rasmi bagi "Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky" mempunyai sebuah "PEMBILANG SENYUMAN" yang mengira jumlah bilangan foto senyuman secara tepat masa di Facebook peserta (Weibo di China) yang dikumpul sepanjang kempen itu. Terdapat beberapa acara untuk menikmati PEMBILANG SENYUMAN dan bagi meraikan hari Pocky sedunia yang pertama di beberapa buah negara yang telah menarik ramai orang.

Langkah pertama Pocky untuk memperkenalkan hari Pocky kepada dunia telah berjaya. Jenama itu akan meneruskan usaha mereka untuk melibatkan diri dengan orang ramai di seluruh pelusuk dunia dengan konsep sejagat Berkongsi Keriangan!

11 November adalah hari Pocky dan Pretz di Jepun
Ezaki Glico disambut pada 11 November sebagai "Hari Pocky dan Pretz” di Jepun yang telah disahkan oleh Persatuan Ulang Tahun Jepun. Pocky ialah sejenis biskut coklat khas berbentuk kayu. Oleh kerana bentuknya yang menyerupai nombor "1," hari Pocky dan Pretz dimulakan pada 11 November, Heisei 11 (nama 1999 era Jepun), pada suatu hari yang bertuah apabila nombor "1" dijajarkan sebanyak 6 kali. Kempen itu diadakan setiap tahun ketika musim luruh untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan kami.

Maklumat mengenai Pocky
Pocky – yang juga dikenali sebagai Mikado di Eropah - telah dibangunkan apabila idea dikemukakan untuk menyalutkan Pretz yang sudah popular, sejenis snek batang seakan pretzel dengan coklat. Pada mulanya, batang itu dicelup secara manual dengan membiarkan bahagian yang tidak bersalut pada satu hujung supaya ia boleh dipegang tanpa perlu risau tentang hujung jari menjadi kotor. Ketika permintaan menjadi semakin meningkat, pemprosesan secara manual bagaimanapun tidak lagi dapat memenuhi permintaan. Berikutan itu, inovasi dan kreativiti jurutera-jurutera dengan bersemangat telah membangunkan sebuah kilang pembuatan "Glico-Asal".

Pocky di Seluruh Dunia - 500 Juta Kotak di 30 Negara!
Glico sedang memperluaskan perniagaannya dengan pesat di seluruh dunia, terutamanya di rantau ASEAN. Pocky adalah merupakan pelopor dan teras bagi pertumbuhan ini. Dengan 500 juta kotak dijual di kira-kira 30 buah negara, Pocky kini menjadi sebuah jenama yang dicintai di dunia.

Maklumat mengenai Ezaki Glico
Sejak pelancaran karamel Glico yang diperkaya dan berkhasiat pada tahun 1922 dalam kotak merahnya yang tersendiri, aktiviti perniagaan Ezaki Glico Co., Ltd. itu telah mematuhi falsafah korporatnya "Mempertingkatkan Kesihatan Awam Melalui Makanan." Pada ulang tahun ke-70 Kumpulan Glico pada tahun 1992, semangat dan dedikasi yang sama telah digabungkan ke dalam falsafah korporat yang disemak semula "Keseronokan Hidup dalam Citarasa Terbaik."

Karamel Glico – produk pertama syarikat itu – menggabungkan kreativiti berinovatif oleh Encik Ri-ichi Ezaki, pengasas syarikat itu. Sejak di peringkat awal lagi, seluruh kakitangan telah juga dengan sepenuh hati dan ikhlas berdedikasi untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat. Ini telah membawa kepada perkembangan perniagaan melampaui bidang konfeksi untuk memasukkan produk ais krim, makanan yang diproses, pencuci mulut, produk susu, susu bayi, bahan-bahan makanan, dan bahan-bahan mentah bagi produk kosmetik dan kesihatan.

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51527570&lang=en

Hubungi

Hubungan Media:
Ezaki Glico
Perhubungan Awam
koho-hodo@glico.co.jp
atau
Milk PR
Rhema Moses
E-mel: rhema.moses@milkpr.com.my
Telefon Bimbit: 012.883.0225

Sumber: Ezaki Glico Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.