ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PERTEMUAN DI ANTARA YB DATO' SRI ANIFAH HJ. AMAN, MENTERI LUAR NEGERI DENGAN TYT REX TILLERSON SETIAUSAHA NEGARA AMERIKA SYARIKAT 21 MAC 2017

Thursday 23/03/2017


YB Dato’ Sri Anifah Hj. Aman, Menteri Luar Negeri telah mengadakan pertemuan dengan TYT Rex Tillerson, Setiausaha Negara Amerika Syarikat di Jabatan Negara, Washington, D.C. pada 21 Mac 2017



PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- YB Dato’ Sri Anifah Hj. Aman, Menteri Luar Negeri telah mengadakan pertemuan dengan TYT Rex Tillerson, Setiausaha Negara Amerika Syarikat di Jabatan Negara, Washington, D.C. pada 21 Mac 2017.

YB Dato’ Sri Anifah Hj. Aman yang dalam rangka lawatan kerja bagi menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Pakatan Global Menangani ISIS telah membincangkan isu-isu kepentingan bersama. Antara lain, kedua-dua mereka telah bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan semasa di laut China Selatan, perkembangan di rantau ASEAN termasuk peranan yang boleh dimainkan Malaysia sebagai negara penyelaras bagi hubungan dialog U.S.- ASEAN, situasi di semenanjung Korea, komitmen untuk meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan dua hala serta kerjasama dalam usaha-usaha mencegah dan menentang keganasan. YB Dato’ Sri Anifah Hj. Aman juga mengketengahkan usaha-usaha Malaysia dalam membasmi penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang. Beliau telah menjemput rakan sejawatnya itu untuk mengadakan lawatan ke Malaysia.
 
Pertemuan kali pertama YB Dato’ Sri Anifah Hj. Aman dengan TYT Rex Tillerson beliau itu telah berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan telah membolehkan Malaysia memupuk hubungan lebih baik dengan Amerika Syarikat di bawah Pentadbiran Presiden Donald J. Trump. 

Sumber : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NIZAM HALIMI
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nizamhalimi@kln.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.