ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​PERKEMBANGAN TERKINI MANGSA CULIK WARGANEGARA MALAYSIA YANG DISELAMATKAN DI FILIPINA

Saturday 25/03/2017



PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina, Abd Rahim Summas dan Tayudin Anjut akan dterbangkan ke Manila dengan penerbangan ihsan Philippines Air Force (PAF), sebelum dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat. Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya semasa ketibaan di Manila.
 
Kementerian Luar Negeri sedang bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia dalam usaha untuk membawa pulang kedua-dua mangsa tersebut ke Malaysia dengan kadar segera.
 
Kerajaan Malaysia melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Republik Filipina di atas usaha untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa culik tersebut.

Sumber : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NIZAM HALIMI
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nizamhalimi@kln.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.