ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  ​PASARAN PENJAGAAN KESIHATAN CHINA BAKAL MENYAKSIKAN LONJAKAN DI DALAM PELABURAN DAN PELUANG DALAM TEMPOH 15 TAHUN AKAN DATANG

Monday 27/03/2017



Ketika China melaksanakan inisiatif "China Sihat 2030" dan komited untuk memperdalamkan pembaharuan struktur sudut penawaran pada tahun 2017, Healthcare China 2017, satu persidangan pelaburan penjagaan kesihatan di China, akan menghimpunkan orang dalam perniagaan untuk membantu peserta industri berjaya di dalam pasaran penjagaan kesihatan yang pesat berkembang.


SHANGHAI, 27 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada Oktober lalu, kerajaan China telah meluluskan satu pelan tindakan yang diberi nama "China Sihat 2030", dengan berikrar untuk membina sebuah negara China yang sihat dalam tempoh 15 tahun akan datang. Menjelang tahun 2030, saiz pasaran bagi penjagaan kesihatan dijangka mencapai $2.3 trilion. Inisiatif ini adalah selaras dengan keazaman China untuk memperdalamkan pembaharuan struktur sudut penawaran pada tahun 2017 dengan mengurangkan dengan ketara lebihan kapasiti, dan meningkatkan bekalan yang cekap yang memerlukan piawaian yang lebih ketat di dalam industri penjagaan kesihatan. Tempoh 15 tahun akan datang akan dapat melihat satu lonjakan dalam pelaburan dan perubahan di dalam industri.

Healthcare China 2017, yang dianjurkan oleh Reed Sinopharm Exhibitions (RSE), adalah satu platform bagi pelabur-pelabur dunia untuk mengetahui lebih lanjut tentang dinamik bagi perniagaan penjagaan kesihatan di China. Bakal diadakan pada 13 dan 14 Mei, 2017, di Pullman Shanghai, acara itu akan menarik kehadiran pemimpin-pemimpin korporat, pengawal selia kerajaan, orang yang berpengaruh, penyelidik dan usahawan, dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama bagi minat pelabur — bioperubatan, peralatan perubatan, dan perkhidmatan perubatan.

PENINGKATAN POTENSI

Pasaran penjagaan kesihatan di China dijangka berkembang pada satu CAGR yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu kira-kira 12% untuk mencecah $1 trilion menjelang tahun 2020, meningkat daripada $357 bilion pada tahun 2011, seperti yang dianggarkan di dalam satu laporan baru-baru ini daripada McKinsey & Co. Berlatarkan perubahan teknologi utama seperti kecerdasan buatan, Healthcare China 2017 akan menjemput prinsipal bagi IBM Watson untuk menyampaikan ucapan mengenai "Masa Hadapan bagi Kecerdasan Buatan di dalam Industri Perubatan". Selain itu, pakar-pakar industri akan membincangkan trend pasaran dan menganalisis program-program kerajaan yang bertujuan untuk menggalakkan satu sistem penjagaan kesihatan yang berperingkat, sekali gus memastikan penyampaian dan pengurusan ubat yang berkesan.

MENGGALAKKAN PERKONGSIAN ANTARABANGSA

Sektor penjagaan kesihatan di China telah menarik pelaburan yang meningkat daripada pelabur-pelabur global yang berminat untuk memasuki atau memperluaskan kehadiran mereka di China. Healthcare China 2017, yang menampilkan 60 syarikat penjagaan kesihatan inovatif yang utama di China pada hari ini, dan memprofilkan sekurang-kurangnya 500 Ketua Pegawai Eksekutif berpengaruh dan rakan kongsi bagi syarikat-syarikat pelaburan terkemuka, akan menjadi tempat bagi syarikat-syarikat penjagaan kesihatan dunia untuk mempamerkan kecemerlangan produk dan proses mereka, dan mempelajari mengenai peraturan-peraturan di  China dan dasar-dasar di dalam industri.

Untuk mendaftar dan mengetahui lebih lanjut mengenai acara itu, sila layari http://www.thishealthsummit.com/

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51530818&lang=en

Hubungi
Reed Sinopharm Exhibitions
James Wang
james.wang@reedexpo.com.cn
 

Sumber: Reed Sinopharm Exhibitions

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.