ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  SENARAI KEDUDUKAN J.D. POWER MENYAKSIKAN HOTEL IMPERIAL TOKYO PALING TINGGI DARI SEGI KEPUASAN PELANGGAN

Tuesday 28/03/2017



AsiaNet 67954

TOKYO, 28 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Mercu tanda Tokyo, Hotel Imperial yang berusia 126 tahun telah disenaraikan sebagai hotel bertaraf mewah paling tinggi di Jepun bagi kepuasan pelanggan di dalam “Kaji Selidik Indeks Kepuasan Tetamu Hotel Jepun” J.D. Power pada tahun 2016." Hotel Imperial berada di tangga teratas di dalam segmen kadar bilik tetamu yang melebihi 35,000 yen Jepun untuk satu malam, yang pertama sejak kaji selidik itu dimulakan pada tahun 2006. Tetamu mengenalpasti Perkhidmatan Meja Depan Hotel Imperial dan perhatian oleh kakitangannya sebagai titik sokongan. Kualiti perhatian kakitangan diperluaskan kepada pelanggan adalah sangat berpengaruh di dalam membentuk penilaian tetamu tanpa mengira kadar bilik.

(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100617/201703270285/_prw_PI1fl_bOYghFvn.jpg)
 
Hotel Imperial telah diiktiraf oleh responden bagi kualiti penjagaan yang disediakan oleh kakitangan mereka, penginapan, dan perkakasan hotel secara amnya. Hotel Imperial telah diiktiraf kerana menyediakan tumpuan kakitangan yang sangat berkaliber tinggi. Komen telah dinilai paling tinggi di dalam aspek Perkhidmatan Hotel, Kemudahan Hotel, Tempahan, Daftar Masuk/ Daftar Keluar dan Kos & Bayaran. Tahun ini menandakan tahun pertama Hotel Imperial meraih kedudukan ini sebagai hotel Jepun yang berada pada kedudukan paling tinggi, serta kedudukan di tempat pertama dalam satu Indeks Kepuasan Pelanggan Jepun (JCSI) yang berasingan selama lapan tahun berturut-turut. Jenama Imperial disenaraikan pada kedudukan jauh lebih tinggi daripada hartanah bandar raya kelas pertama di dalam JCSI, di mana kira-kira 120,000 responden telah memberikan maklumat balas. Kedudukan yang dikaitkan dengan pelancongan termasuk hotel bajet, syarikat penerbangan dan ejen pelancongan, sebagai tambahan kepada hotel-hotel utama di bandar raya itu. Hanya Hotel Imperial dan sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran telah menduduki tempat teratas selama lapan tahun berturut-turut.

"Kelab Imperial" hotel itu juga telah dinilai tinggi di dalam kaji selidik J.D. Power itu untuk tahun 2016 bagi kadar perkhidmatan pelanggan yang tinggi, dengan mengekalkan kedudukan teratas bagi tahun kedua berturut-turut.

Hotel Imperial Tokyo diasaskan oleh golongan bangsawan Jepun pada tahun 1890 sebagai sebuah tempat untuk menerima peningkatan bilangan orang kenamaan asing yang melawat Jepun semasa Zaman Meiji. Ia telah memulakan banyak perkhidmatan dan kemudahan baharu yang sejak itu telah menjadi perkhidmatan standard untuk hotel-hotel utama di Jepun, seperti perkhidmatan perkahwinan Kristian dan Shinto yang menyeluruh, arked beli-belah dan perkhidmatan dobi dalaman, dan memperkenalkan masakan Barat yang pelbagai untuk rakyat Jepun. Ia adalah kegemaran tradisional bagi orang kenamaan dan selebriti dari luar negara yang melawat ibu negara Jepun itu.
 
Laman web: http://www.imperialhotel.co.jp/e/
  
Sumber: Imperial Hotel, Ltd. 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.