ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  FOOMA JEPUN 2017, PAMERAN PERDAGANGAN TERBESAR ASIA BAGI TEKNOLOGI JENTERA MAKANAN DAN PEMPROSESAN MAKANAN, DITETAPKAN PADA 13 HINGGA 16 JUN DI TOKYO

Wednesday 05/04/2017



AsiaNet 68073

TOKYO, 5 April, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Pameran Yang Diperluaskan, Dipertingkatkan bagi lebih 100,000 orang Pengunjung -

Pameran Jentera & Teknologi Makanan Antarabangsa (FOOMA JEPUN), sebuah pameran perdagangan yang komprehensif bagi teknologi jentera makanan dan pemprosesan makanan, akan diadakan dari 13 Jun (Selasa) sehingga 16 Jun (Jumaat), 2017, di Tokyo, kali ini dengan memperluaskan lagi ruang pameran kepada kira-kira 15,000 meter persegi. Ia membawa bersama-sama syarikat-syarikat pempamer di dalam kesemua bidang proses pembuatan makanan, daripada pemprosesan bahan mentah kepada pembungkusan dan pengedaran, dengan memberi tumpuan kepada pengilangan makanan dan jentera pemprosesan. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 bagi pameran tahunan ini yang mempunyai sejarah dan tradisi yang panjang di Jepun. Lebih 700 buah perbadanan akan mengambil bahagian di dalam FOOMA JEPUN, yang berdasarkan kepada saiznya merupakan satu daripada pameran terbesar di Asia. Pameran yang meriah ini dikunjungi oleh hampir 100,000 orang pada setiap masa, dan lebih ramai pengunjung luar negara datang pada setiap tahun untuk mencari jentera pembuatan dan pemprosesan makanan yang terbaik.

(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104335/201703240256/_prw_PI1fl_WVz4e0Ur.jpg)
 
Satu liputan yang meluas bagi teknologi Jepun yang canggih dan terkenal di dunia

FOOMA JEPUN 2017 akan membawa bersama-sama produk teknologi, perkhidmatan dan maklumat yang serba canggih berkaitan tema "Kompas untuk Masa Depan Makanan." Ia akan menampilkan teknologi pemprosesan makanan yang canggih dan terkenal di dunia dari Jepun yang meningkatkan kecekapan dan kualiti pengeluaran, serta teknologi yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan, pemuliharaan tenaga, dan alam sekitar. Pengunjung juga boleh melihat dan berinteraksi dengan kebanyakan demonstrasi jentera sebenar yang hampir menyerupai kilang-kilang makanan dan juga sampel makanan. Kebanyakan daripada pameran ini adalah berupa jentera untuk pembuatan makanan Jepun yang popular di luar negara, seperti sushi dan mi, serta sistem robotik pembuatan makanan yang dibangunkan oleh pengeluar Jepun yang terkenal di dunia yang khusus di dalam robot perindustrian.

Sokongan tempat khusus untuk pelawat luar negara

FOOMA JEPUN menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelawat dari negara-negara luar. Di dalam tempat itu, petugas syarikat pempamer yang boleh bertutur bahasa Inggeris, Cina, Korea dan bahasa-bahasa lain memakai "Lencana Dwibahasa" di dada mereka. Petugas yang boleh bertutur bahasa Inggeris, Cina dan Korea juga ditempatkan di Meja Maklumat untuk menjawab sebarang pertanyaan dan soalan daripada pengunjung. Lebih-lebih lagi, pengunjung boleh bersantai dan menikmati minuman percuma di Ruang Istirehat Antarabangsa.

Gambar tempat, nama syarikat pempamer dan produk yang dipamerkan daripada FOOMA JEPUN 2016 boleh diperolehi di laman web rasmi, di mana anda boleh dapat merasakan skala yang mengagumkan bagi FOOMA JEPUN, satu daripada pameran terbesar di Asia.

Prapendaftaran untuk pelawat bermula bagi FOOMA JEPUN 2017 pada 3 April 2017, di laman web rasmi (http://www.foomajapan.jp/english/index.html), di mana anda boleh juga membuat tempahan hotel.
Sila semak laman web itu untuk maklumat terkini mengenai pelbagai perkhidmatan ini.
 
Maklumat mengenai penganjur
Persatuan Pengeluar Jentera Makanan Jepun (FOOMA) telah ditubuhkan pada tahun 1948 (mendapat pengiktirafan sebagai sebuah perbadanan pada Mac 1967 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, pada masa ini Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri) untuk membangunkan industri jentera makanan Jepun.

FOOMA ditubuhkan oleh pengeluar-pengeluar jentera makanan Jepun yang terkemuka dan persatuan tunggal bagi industri jentera makanan Jepun di Jepun. Akhir-akhir ini, FOOMA mempunyai hampir 400 ahli dan memberi tumpuan kepada misi mereka bukan sahaja untuk pembangunan industri jentera makanan Jepun tetapi juga bagi menyumbang ke arah kehidupan sihat di seluruh dunia melalui teknologi makanan Jepun.
 
SUMBER: Persatuan Pengeluar Jentera Makanan Jepun
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.