ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  CHEF EKSEKUTIF KEHORMAT HIROCHIKA MIDORIKAWA TELAH DIANUGERAHKAN HADIAH CHEF MASAKAN PERANCIS, "LA COUPE D'OR INTERNATIONALE D'ART CULINAIRE MARIUS DUTREY"

Thursday 06/04/2017



TOKYO, 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Chef Eksekutif Kehormat Hirochika Midorikawa dari Keio Plaza Hotel Tokyo menjadi chef Jepun yang pertama yang dianugerahkan dengan hadiah chef masakan Perancis “La Coupe d’Or Internationale d’Art Culinaire Marius Dutrey” di atas pencapaian beliau yang luar biasa di dalam seni masakan dalam industri perhotelan. Hadiah itu adalah satu anugerah yang berprestij yang diwujudkan pada tahun 1958 oleh Marius Dutrey yang berkhidmat sebagai seorang chef di hotel-hotel terkemuka di Perancis dan Britain pada abad ke-20 dan telah mempertingkatkan taraf kedudukan chef. Ahli-ahli l’Académie Culinaire de France  yang mengekalkan kehendak Encik Dutrey untuk mengesyorkan hanya seorang sahaja yang dipilih daripada kalangan chef Perancis di seluruh dunia setiap beberapa tahun. Sebelum ini, Paul Bocuse diberi penghormatan pada tahun 1994 dan Joël Robuchon pada tahun 2014.

Hirochika Midorikawa menceburi dunia memasak pada usia 15 tahun, menimba ilmu di sebuah restoran Perancis yang terkenal di Jepun, dan datang ke Eropah bersendirian pada tahun 1964. Walaupun menyajikan masakan Jerman dan Switzerland, beliau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran beliau di dalam masakan Perancis yang mempunyai dua aspek, rasionaliti yang dihitung dengan kehalusan dan ketepatan. Selepas pulang ke Jepun, beliau menyertai Keio Plaza Hotel pada tahun 1971, dan kemudian menjadi chef Jepun yang pertama untuk memenangi hadiah pertama di dalam satu pertandingan makanan antarabangsa. Beliau adalah seorang yang berpengaruh di dalam dunia masakan Perancis di Jepun, dengan menerima banyak anugerah seperti French Republic Officier du Mérite Agricole pada tahun 2011,  Pingat Emas Académie Culinaire De France pada tahun 2005 dan 2011, dan banyak lagi.

"Untuk menerima sebuah anugerah yang berprestij ini, saya amat berterima kasih kepada chef-chef terkemuka di Eropah yang telah mengajar saya mengenai apa itu masakan Perancis," kata Midorikawa. "Saya ingin terus melakukan kerja-kerja yang terbaik sambil terus belajar daripada rakan-rakan saya dari seluruh dunia."

Profil Midorikawa

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami boleh berbangga kerana mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang bertaraf hebat, dan layanan yang mesra. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman sesawangYouTubeFacebook atau Instagram kami.
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170405006448/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.