ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  YUKIO KANAO DINAMAKAN PENGURUS BESAR HOTEL IMPERIAL, TOKYO

Wednesday 12/04/2017



AsiaNet 68158

TOKYO, 12 April, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet / --
 
Hotel Imperial, Ltd. di Jepun yang berusia 127 tahun, telah mengumumkan pelantikan Yukio Kanao sebagai Pengurus Besar bagi Hotel Imperial yang menjadi kemegahan Tokyo, berkuat kuasa 1 April, 2017. Kanao merupakan bekas Timbalan Pengurus Besar Hotel Imperial di Tokyo dan Pengarah Urusan Kanan bagi Hotel Imperial, Ltd.
 
Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100617/201704110808/_prw_PI1fl_72E61t8p.jpg
 
Kanao, berusia 55 tahun, menyertai Hotel Imperial, Ltd. selepas tamat pengajian dari Universiti Tsukuba pada tahun 1984, dan dinamakan sebagai Pengarah Jualan di Hotel Imperial. Ltd. di pejabat mereka di London dari tahun 1997 hingga tahun 2000. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Jualan di Hotel Imperial, Ltd. di pejabat New York dari tahun 2000 hingga tahun 2002, dan pada tahun 2007 telah dinamakan sebagai Pengarah bagi Bilik dan Restoran di Hotel Imperial, Osaka. Beliau dilantik sebagai Pengarah Jualan dan Pemasaran untuk Hotel Imperial, Ltd. pada tahun 2011, dan dari tahun 2014 berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus Besar Hotel Imperial di Tokyo.
 
Hotel Imperial di Tokyo diasaskan oleh golongan bangsawan Jepun pada tahun 1890 di tapak yang sama ia duduki pada hari ini dan dibuka sebagai sebuah tempat untuk menerima orang kenamaan asing yang bilangannya semakin meningkat yang melawat Jepun semasa Zaman Meiji (1868-1912). Ia telah memulakan banyak perkhidmatan dan kemudahan baharu yang sejak itu telah menjadi perkhidmatan standard bagi hotel-hotel utama di Jepun, seperti perkhidmatan perkahwinan Kristian dan Shinto yang menyeluruh, arked beli-belah, dan perkhidmatan dobi dalaman, dan memperkenalkan masakan Barat yang pelbagai untuk rakyat Jepun. Bagi rangkaian hospitaliti Jepun yang klasik, ia adalah merupakan kegemaran tradisional bagi orang kenamaan dan selebriti dari luar negara yang melawat ibu negara Jepun itu.
 
SUMBER: Imperial Hotel, Ltd.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.