ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 11, 2024 -Sabtu

 
  MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN REPUBLIK TURKI MENGENAI KERJASAMA PENDIDIKAN TINGGI 14 APRIL 2017, ANKARA, TURKI

Friday 14/04/2017



PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia telah menandatangani MoU dengan Kerajaan Republik Turki mengenai kerjasama pendidikan tinggi. Kerajaan Malaysia telah diwakili oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi, manakala pihak Kerajaan Republik Turki pula telah diwakili oleh TYT Prof. Dr. M. A. Yekta Saraç, Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Republik Turki.
 
Pemeteraian MoU tersebut merupakan langkah positif dalam mengukuhkan hubungan bilateral antara kedua-dua buah negara dalam bidang pendidikan tinggi.
 
Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama sepenuhnya dan menyokong hubungan pendidikan tinggi antara institusi-institusi  pendidikan tinggi di kedua-dua negara dan menggalakkan aktiviti-aktiviti seperti pertukaran dan sangkutan (attachment) staf akademik dan penyelidik. 

Kedua-dua pihak mengharapkan supaya lebih banyak pertukaran pengalaman dan kepakaran dalam bidang saintifik, teknikal dan pentadbiran dapat dilaksanakan di antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara.
 
Pemuktamadan MoU ini juga dijangka akan dapat mempermudahkan proses pengiktirafan universiti-universiti antara kedua-dua negara.
 
Berdasarkan statistik pangkalan data bibliografik Scopus, Malaysia dan Republik Turki merupakan antara dua negara utama yang berada pada kedudukan tertinggi dalam penerbitan hasil-hasil penyelidikan dalam kalangan negara-negara anggota Organisation of Islamic Cooperation (OIC). Kerjasama strategik ini dijangka dapat memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua negara.
 
Kehadiran pelajar-pelajar Turki menyambung pendidikan di negara ini merupakan pemangkin dalam menggalakkan pelajar-pelajar dari negara-negara Islam lain di seluruh dunia untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi baru pendidikan tinggi.
 
Sumber : Kementerian Pendidikan Tinggi
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Adawiyah binti Othman
Tel : 03-8870 5412
Faks : 03-8870 6885
Emel : adawiyah@mohe.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.