ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA LANCAR IC PEMACU H BRIDGE BAGI PEMACU 2.5V BERVOLTAN RENDAH

Wednesday 19/04/2017



TOKYO, 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TC78H630FNG," "TC78H621FNG," dan "TC78H611FNG," penambahan kepada barisan IC pemacu H bridge[1] mereka bagi brushed motor DC dan motor pelangkah yang digunakan di dalam peralatan pemacu bateri mudah alih, peralatan rumah, dan kelengkapan rumah dan kemudahan. Penghantaran sampel* bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada akhir Julai ini.

TC78H630FNG mempunyai satu H bridge dengan penarafan 2A dan sesuai untuk memacukan arus besar bagi brushed motor DC. Selain itu, membuatkan rintangan[2]  0.4Ω (jumlah atas dan bawah: jenis) di dalam blok output pemacu motor membolehkan IC untuk merealisasikan sebuah pemacu arus besar bagi motor.

TC78H621FNG dan TC78H611FNG mempunyai dua H bridge dengan penarafan 1A, dan amat sesuai untuk memacukan motor pelangkah dwikutub atau dua brushed motor DC.

Siri ini menyokong bekalan kuasa 2.5V hingga 15V bagi pemacu motor, dan pelbagai aplikasi termasuk peranti mudah alih (kamera dan mesin pencetak kecil) dengan bateri lithium-ion 3.7V, peralatan rumah dengan bekalan kuasa 5V atau 12V (peti sejuk dan pendingin hawa), dan peralatan rumah dan kemudahan (meter pintar, mesin bekalan air panas, injap bekalan air bagi perkhidmatan air, dan kunci elektronik).

Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu
  • Fungsi pengesanan keabnormalan (pengesanan lebihan arus, litar penutupan terma, dan litar halang masuk di bawah voltan) meningkatkan keselamatan di dalam memacukan motor berkenaan.
  • Penggunaan arus bagi kira-kira 0μA (jenis) di dalam mod siap sedia (di dalam kes pemberhentian motor) direalisasikan.
  • Perlindungan arus shoot-through digabungkan. Motor itu boleh dikawal tanpa mengambil kira masa henti di dalam pensuisan output HIDUP dan MATI.
Spesifikasi Utama
 
Nombor Bahagian TC78H630FNG TC78H621FNG TC78H611FNG
Ciri-ciri Sesuai bagi pemacu
arus besar bagi
bagi brushed
motor DC
 Sesuai bagi
memacukan
motor pelangkah
 Sesuai bagi
memacukan 2
brushed motor DC

Voltan
bekalan
kuasa
(julat
pengendalian)
 Bekalan kuasa bagi pemacu motor: 2.5 hingga 15V
Bekalan kuasa logik: 2.7 hingga 5.5V

 

Arus
output
(Penarafan
maksimum
mutlak)
 
2.1 A

 
 
1.1 A

 
 
1.1 A

 

Jumlah bagi
Saluran
H bridge
 1 saluran 2 saluran 2 saluran
 
Motor
pemacu



 
 - brushed motor DC
Serasi dengan
mod brek

 
 - Motor pelangkah
Langkah penuh:
3 port boleh dikawal
Langkah setengah:
4 port boleh dikawal
- brushed motor DC
 
- Motor pelangkah
Langkah penuh:
4 port boleh dikawal
Langkah setengah:
4 port boleh dikawal
- brushed motor DC
Serasi dengan mod brek

Rintangan HIDUP
output
(Jumlah bagi Atas
dan Bawah)
 
 
  0.4 Ω (jenis)

 
 
0.8 Ω (jenis)

 
 
0.8 Ω (jenis)

 
Fungsi
keselamatan

 
 Pengesanan lebihan arus
Penutupan terma
Halang masuk di bawah voltan
Perlindungan arus shoot-through

Pakej
 
TSSOP16
 
  • Nota 1: Sebuah litar dibentuk dengan menjajarkan transistor di dalam sebuah bentuk H. Digunakan untuk memacukan motor brushed DC dan motor pelangkah dengan kawalan ke hadapan dan mengundur.
  • Nota 2: Rintangan apabila arus mengalir. Nilai-nilai yang lebih rendah membolehkan pelesapan rendah bagi motor pemacu dan mengurangkan penjanaan haba.
* Sampel di sini merujuk kepada "sampel bagi penilaian kefungsian," yang mungkin berbeza daripada produk pengeluaran besar-besaran di dalam spesifikasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:

TC78H630FNG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78H630FNG®ion=apc&lang=en

TC78H621FNG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78H621FNG®ion=apc&lang=en

TC78H611FNG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78H611FNG®ion=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel+81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
 
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51542153&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170418005703/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.