ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR SEBUAH BUFET PENCUCI MULUT KHAS "KARNIVAL HOTEL PETER RABBIT™"

Wednesday 19/04/2017



Sebagai Memperingati Ulang Tahun ke-150 Kelahiran Beatrix Potter™


TOKYO, April 19 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, yang terletak di Shinjuku Tokyo, meraikan ulang tahun ke-150 kelahiran Beatrix Potter, penulis British yang telah mencipta siri cerita kanak-kanak yang terkenal mengenai watak fiksyen Peter Rabbit, dengan menganjurkan satu acara khas yang diberi nama “Karnival Hotel Peter Rabbit™.” Sepanjang acara ini yang akan diadakan sehingga 30 Jun 2017, pencuci mulut khas dicipta dalam bentuk imej watak-watak dari kisah Peter Rabbit akan dihidangkan pada bufet manisan All Day Dining Jurin. Tambahan pula, menu khas bertemakan Peter Rabbit akan disajikan di restoran-restoran kami yang lain. Di samping itu, tempat-tempat foto khas yang menampilkan pelbagai watak Peter Rabbit akan dipasang di tingkat dua untuk mengambil gambar dan menikmatinya.

Siaran Berita Pintar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkapnya di sini:
http://www.businesswire.com/news/home/20170418005662/en/

Beatrix Potter kali pertama mencipta watak "Peter Rabbit" pada tahun 1893 di dalam sebuah poskad bergambar yang dihantar kepada seorang kanak-kanak berusia lima tahun, dan kemudian menulis cerita kanak-kanak itu "The Tale of Peter Rabbit". Cerita itu menggambarkan watak utama Peter Rabbit yang suka bermain-main di taman-taman di kawasan desa yang indah di England, dan masih dibaca di seluruh dunia sehingga ke hari ini selepas lebih 100 tahun penerbitan asalnya. "The Tale of Peter Rabbit" juga dikatakan diiktiraf oleh hampir 100% wanita Jepun berusia 45 tahun dan ke atas. Acara “Karnival Hotel Peter Rabbit™” adalah satu daripada siri acara-acara khas yang direka untuk memperingati cerita-cerita yang terkenal seperti "Alice’s Adventures in Wonderland", "The Little Mermaid" dan lain-lain dan merupakan sebahagian daripada dasar hotel kami untuk menyediakan pengalaman yang unik kepada tetamu kami.

Versi Lengkap bagi Siaran Berita

BEATRIX POTTER™© FrederickWarne & Co., 2017

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo, yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami boleh berbangga kerana mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, dan perkhidmatan yang unik yang membolehkan mereka untuk mengalami budaya Jepun, yang termasuk bilik-bilik bertemakan Hello Kitty, pengalaman memakai kimono perkahwinan, upacara minum teh, pengalaman ikebana dan banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/news/home/20170418005662/en/


Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp
 
Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.