ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  IC PEMACU MOTOR PELANGKAH BAHARU TOSHIBA MEMPUNYAI SEBUAH KERANGKA SUAP BALIK ANTI PEGUN

Wednesday 19/04/2017



TOKYO, 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB67S289FTG," sebuah pemacu motor pelangkah dengan sebuah kerangka termaju Toshiba yang secara automatik mengesan dan menghalang pegun semasa operasi. Pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada akhir Julai 2017.

Stabil dan kawalan yang sangat bertepatan adalah satu keperluan operasi yang asas, untuk motor yang digunakan di dalam mesin pencetak, peralatan pejabat, terminal perbankan seperti ATM, pendispens tunai, mesin hiburan, dan peralatan rumah. Permintaan baru-baru ini juga telah menekankan pemacu motor yang lebih cekap yang menggunakan kuasa yang kurang dan menghasilkan penjanaan haba yang berkurangan.

Mengelakkan kejadian pegun di dalam operasi motor pelangkah adalah keutamaan paling tinggi bagi menjamin kestabilan dan ketepatan di dalam kawalan motor, dan ia dicapai dengan memperuntukkan arus tambahan bagi memastikan satu margin operasi untuk motor berkenaan. Pemantauan secara tepat masa bagi tork motor dan suap balik arus, menggunakan sensor tambahan dan kawalan MCU yang sangat canggih, juga diperlukan untuk meningkatkan kecekapan dan penjanaan haba.
Satu cara lagi untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan penjanaan haba adalah dengan melaraskan rintangan terbina dalam MOSFET dan mengurangkan kehilangan kuasa semasa operasi.

TB67S289FTG adalah pemacu motor pelangkah pertama yang menggunakan anti pegun dan sistem penambahbaikan kecekapan Toshiba yang asal, Active Gain Control (AGC)[1], yang membolehkan pemacu untuk memantau motor dan tork, dan secara automatik mengoptimumkan kawalan motor tanpa kawalan tambahan MCU. Ketika beroperasi, TB67S289FTG menghalang motor daripada pegun dan secara automatik mengoptimumkan arus motor, bergantung kepada tork yang diperlukan. Berbanding dengan penyelesaian semasa, TB67S289FTG menjimatkan kuasa motor sehingga 80%, mencapai peningkatan yang ketara di dalam kecekapan dan peningkatan haba tanpa bergantung pada rintangan.

Kecekapan selanjutnya juga boleh dicapai apabila pemacu motor pelangkah yang baharu itu disokong oleh ACDS[2], sistem kawalan dan memantau arus deria-perintang-bebas Toshiba, yang membolehkan lebih banyak ruang bebas dan menggunakan komponen luaran yang lebih sedikit pada PCB.

Toshiba menempatkan TB67S289FTG sebagai pemacu motor pelangkah kemegahan mereka, satu penyelesaian kawalan motor prestasi tinggi dan pengurangan komponen, dan akan terus mengembangkan barisan produk mereka.

Ciri-ciri Utama
1. Anti pegun dan berkecekapan tinggi
Kerangka kawalan motor baharu Toshiba AGC bagi anti pegun dan kawalan motor berkecekapan tinggi. Ditambah kawalan arus deria-perintang-kurang ACDS bagi ruang PCB tambahan. Kawalan motor resolusi tinggi 1/32 langkah (maksimum) mengurangkan bunyi dan getaran.
 
2. Penjanaan haba lebih rendah
Penjanaan haba dikurangkan dengan rintangan rendah (0.46 Ω (atas + lebih rendah: jenis.)).
 
3. Pakej kecil
Pembungkusan di dalam pakej QFN yang kecil membolehkan pelanggan untuk mengurangkan masalah haba dan memudahkan corak reka bentuk PCB bagi pelesapan haba. Ia juga akan merealisasikan penyelesaian yang berpatutan dari segi ruang dan kos.
 
4. Litar pengesanan kesilapan terbina dalam
Penutupan terma, penutupan lebihan arus, di bawah sekat masuk voltan dan litar pengesanan terbuka beban motor menyumbang kepada keselamatan dan kebolehpercayaan peralatan. Di samping itu, status ralat boleh juga ditandakan pada MCU dengan menggunakan fungsi penanda ralat.

Spesifikasi Utama bagi Produk Baharu
 
Nama produk  TB67S289FTG
Kawalan I/F  CLK-IN
Penarafan maksimum mutlak  50V, 3A
Pakej  QFN48
Resolusi langkah  Resolusi langkah Penuh, Separuh, Suku, 1/8, 1/16, dan 1/32 
Ciri-ciri lain  - AGC; satu kaedah kawalan arus bagi anti pegun dan operasi motor yang
  sangat efisien
  - ACDS; satu kaedah kawalan arus yang tidak memerlukan perintang deria
  - Fungsi pengesanan ralat terbina dalam (penutupan terma, penutupan
  lebihan arus, sekat masuk di bawah voltan, dan pengesanan terbuka
  muatan motor)
  - Fungsi output isyarat pengesanan ralat terbina dalam
  - Menyokong jujukan kuasa dengan pemacu kuasa tunggal  
Pengeluaran besar-besaran  Akhir Julai, 2017 (dijadualkan)
[1] AGC: Active Gain Control. Kerangka kawalan motor yang mengoptimumkan arus motor hingga tork dan menghalang motor daripada pegun.
[2] ACD: Sistem Pengesanan Arus Termaju. Satu kerangka kawalan motor yang tidak memerlukan perintang deria luaran bagi memantau arus motor.
Nota: Pegun motor: Apabila putaran motor menyimpang daripada isyarat kawalan, pegun berlaku dan motor berhenti daripada berputar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S289FTG®ion=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.


Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51542972&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170418006703/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.