ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  NETEASE GAMES MEMBUAT KEMUNCULAN SULUNG BAGI CRUSADERS OF LIGHT, SEBUAH MMORPG MUDAH ALIH SEPENUHNYA DENGAN SERANGAN BESAR-BESARAN

Friday 21/04/2017



Prapendaftaran yang menawarkan sehingga $50 USD nilai hadiah dalam permainan kini dibuka dan pelancaran tidak rasmi bermula hari ini di Australia, New Zealand, Malaysia dan Filipina

BRISBANE, Calif., 21 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NetEase, Inc. (NASDAQ: NTES) hari ini mengumumkan sebuah MMORPG baharu, Crusaders of Light, bagi telefon dan tablet iOS dan Android. MMORPG sepenuhnya itu adalah percuma untuk dimuat turun dan kini boleh didapati di Australia, New Zealand, Malaysia dan Filipina, dan akan datang tidak lama lagi ke Amerika Utara, Eropah, Rusia dan Brazil. Prapendaftaran kini dibuka dan semua pemain yang mengambil bahagian boleh mendapatkan nilai hadiah dalam permainan sehingga $50, termasuk matawang maya, senjata dan sebuah bingkai ram.
 
Untuk membuat prapendaftaran sekarang, sila layari laman web rasmi di http://www.CrusadersofLight.com

Crusaders of Light menyampaikan MMORPG berkualiti PC yang tulen bagi telefon mudah alih dan tablet dengan lebih 300 jam permainan disediakan pada pelancaran! Menampilkan serangan kurungan bawah tanah sehingga 40 pemain, Crusaders of Light  mengumpulkan pengembara bersama-sama dengan rakan-rakan mereka dalam tepat masa untuk mengalahkan bos-bos epik dan membuka gear legenda. Mereka yang menikmati bermain secara bekerjasama boleh melibatkan diri di dalam arena pertarungan 1v1, 3v3, dan 5v5 PvP, dan pada masa yang sama mengasah kemahiran mereka di dalam medan pertembungan 25v25. Rakan-rakan kumpulan juga boleh mengambil kesempatan daripada Sistem Suara Bersepadu ketika mereka meningkatkan kedudukan dengan bertarung menentang persatuan lain untuk meraih kegemilangan dan bekerja bersama-sama bagi memperluaskan wilayah taklukan mereka.

Untuk menonton treler itu dengan melihat pada permainan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, sila layari:
http://www.CrusadersofLight.link/revealtrailer
 
Memanfaatkan kesemua elemen RPG tradisional, pemain akan memulakan satu pengembaraan di dalam dunia fantasi 3D yang menakjubkan dan terbuka yang dipenuhi dengan landskap yang menggiurkan, kurungan bawah tanah yang berbahaya, pantai yang dipenuhi dengan ketam dan kapal-kapal lanun, dan pada masa yang sama melengkapkan pencarian mencabar yang akan memberi ganjaran kepada mereka dengan barang rampasan yang menjadi rebutan. Pemain akan bermula dengan memilih satu daripada kelas Ranger, Warrior atau Mystic dan mencapai status legenda apabila mereka membuka sistem perkembangan watak yang lebih maju di tahap 45.

Crusaders of Light akan dilancarkan di App Store untuk iPhone, iPad, dan iPod touch, dan Google Play bagi peranti Android pada tahun ini. Bersama-sama dengan tentera Salibi yang lain ketika mereka menghunus senjata untuk melawan Demon Hordes dan memberi amaran kepada Majlis Bright mengenai rancangan Demon Lord D’Praive untuk memusnahkan Tree of Light yang suci itu, sekali gus mengancam sumber tenaga bagi kesemua kehidupan dan magik di dalam dunia fantasi Milura.

Sebuah kit akhbar dengan imej dan logo Crusaders of Light boleh dimuat turun di sini: : http://netease-na.com/for-media/#assets
 
Terus bersama untuk mendapatkan kemaskini Crusaders of Light  yang terkini dengan mengikuti: https://www.facebook.com/CrusadersMMO/
 
Maklumat mengenai NetEase

NetEase, Inc. (NASDAQ: NTES) adalah sebuah syarikat teknologi internet terkemuka di China. Berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian berpusat di sekitar kandungan, komuniti, komunikasi dan perdagangan, NetEase membangun dan mengoperasikan sebahagian daripada PC-pelanggan dan permainan mudah alih, perkhidmatan pengiklanan, perkhidmatan e-mel dan platform e-dagang China yang paling popular. Dengan menjalin kerjasama dengan Blizzard Entertainment, Mojang AB (sebuah anak syarikat Microsoft) dan pemaju permainan global yang lain, NetEase juga mengendalikan beberapa permainan dalam talian antarabangsa yang paling popular di China. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: http://ir.netease.com/. Untuk maklumat lanjut mengenai NetEase Games, sila layari www.netease-na.com

Hubungi
NetEase, Inc. Amerika Utara
Christine Yeo, 650-260-5936
Pengurus Perhubungan Awam & Perhubungan
christine@netease-na.com
atau
TriplePoint PR bagi pihak NetEase Games
415-955-8500
netease@triplepointpr.com

Sumber: NetEase, Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170420005533/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.