ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  HF MARKETS: TIPS PERDAGANGAN OLEH LEGENDA BOLA SEPAK MICHAEL BALLACK

Tuesday 25/04/2017



Michael Ballack telah bersetuju dengan satu kerjasama rasmi bersama HF Markets, di mana pemain bola sepak Jerman itu menawarkan tips yang berharga kepada pedagang.
 
PORT LOUIS, Mauritius, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HF Markets telah menjalinkan kerjasama dengan legenda bola sepak Jerman yang terkenal di dunia iaitu Michael Ballack dengan satu acara khas di pejabat utama syarikat itu.
  
Majlis yang di anjurkan oleh syarikat itu telah diikuti dengan penyiaran sebuah video berdurasi 7 minit yang memaparkan 13 Peraturan Keemasan Bagaimana untuk Menjadi Michael Ballack di dalam Perdagangan.
 
Mengulas mengenai video itu, seorang jurucakap di HF Markets berkata, "Tumpuan kami adalah untuk sentiasa mendidik pedagang kami; untuk memberikan mereka tips dan peranti yang betul bagi mengembangkan potensi perdagangan mereka. Sebagai peneraju pasaran melalui sumber-sumber pendidikan yang berinovatif kekal sebagai keutamaan kami."
 
Di tempat baharu itu, bekas kapten pasukan kebangsaan Jerman itu menjelaskan apakah ciri-ciri persamaan yang terdapat di antara pemain bola sepak profesional dan perdagangan, berdasarkan kepada prinsip bahawa kedua-duanya adalah terhasil daripada kesungguhan, latihan berterusan dan semangat. Pemain bola sepak Jerman itu menyokong perdagangan di pasaran kewangan global dengan menggunakan platform perdagangan perintis dan aplikasi mudah alih HF Markets: daripada demonstrasi kepada akaun sebenar, dengan mengutamakan penyelidikan pasaran dan webinar yang interaktif HF Markets.
 
Untuk menonton video baharu yang dikeluarkan oleh HF Markets yang menampilkan Michael Ballack, klik di sini.
 
Legenda Chelsea F.C. dan Bayern Munich yang terkenal itu telah melahirkan rasa gembira di atas kerjasama itu, dan berkata: "Saya amat gembira untuk menjalin kerjasama dengan sebuah broker yang mempunyai reputasi baik seperti HF Markets, yang telah berjaya menjadi satu pilihan utama untuk pedagang di seluruh dunia."
 
Selain menjadi kapten bagi pasukan kebangsaan Jerman dari tahun 2004 hingga 2010, Michael Ballack juga merupakan antara penjaring gol terbanyak bagi pasukan kebangsaan. Beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan dengan Bayern Munich dan Chelsea F.C., juga dipilih sebagai Pemain Tengah Kelab UEFA Terbaik pada tahun 2002 dan telah memenangi Anugerah Pemain Jerman Terbaik sebanyak tiga kali - pada tahun 2002, 2003 dan 2005.
 
Nota kepada Media:
  
Maklumat mengenai HF Markets
Untuk maklumat lanjut mengenai HF Markets, klik di sini. 
 
Amaran risiko:
Pasaran di mana matawang dan CFD diperdagangkan membawa tahap risiko yang tinggi kepada modal anda.
  
Hubungi
Hubungan Media:
HF Markets Ltd
Kyriakos Georgis, Tel: +44(0)2033185978
E-mel: marketing@hotforex.com
 
Sumber: HF Markets Limited
  
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170425005137/en
 
Teks bahasa yang merupakan sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di rujuk dengan sumber teks bahasa , dan satu-satunya versi teks yang mematuhi arahan.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.