Makmal lapangan letak atur molekul menguji sehingga 80,000 kali lebih sensitif daripada pilihan semasa CINCINNATI, 25 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ketika masyarakat global berkumpul untuk Hari Malaria Sedunia bagi meraikan kejayaan dan strategi plot untuk menghapuskan penyakit ini dari muka bumi, satu sinar harapan baru muncul dari tempat yang mengejutkan: sisi pengujian persamaan.
Meridian Bioscience, Inc. Cincinnati, Ohio (NASDAQ: VIVO) telah membangunkan
illumigene® Malaria, suatu ujian makmal lapangan letak atur berasaskan molekul untuk malaria yang sehingga 80,000 kali lebih sensitif mengesan parasit malaria berbanding pilihan pengujian semasa. Ujian ini telah dibangunkan oleh Meridian dengan bantuan teknikal daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Universiti Cheikh Anta Diop Dakar, Senegal.
"
illumigene Malaria mempunyai potensi untuk mengubah amalan semasa. Diagnosis yang cepat dan lebih tepat adalah penting dalam memerangi malaria," kata Profesor Daouda Ndiaye, Jabatan Parasitologi-Mikologi, Universiti Cheikh Anta Diop. "Diagnosis awal membolehkan rawatan yang betul ditentukan, yang membawa kepada hasil klinikal yang lebih baik bagi pesakit malaria dan membolehkan rawatan malaria diberikan kepada individu yang sepatutnya. Dan oleh kerana mengesan parasit malaria dalam manusia dengan kiraan parasit yang rendah telah terbukti sukar, alat diagnostik makmal lapangan letak atur yang sensitif dan teguh diperlukan untuk mengesan takungan malaria di kawasan-kawasan pra-penyingkiran.
illumigene Malaria menunjukkan kapasiti ini."
illumigene Malaria telah mendapat tempat pertama bagi inovasi dalam rawatan kecemasan dan ujian di tempat penjagaan di Persidangan Journées Internationales de Biologie /Association des Colloques Nationaux des Biologistes berprestij di Paris, dan bertanda CE untuk dijual di Eropah.
Walaupun penurunan 60% dalam kematian malaria sejak tahun 2000 disebabkan oleh pencegahan yang lebih baik dan langkah-langkah kawalan meningkat, malaria masih merupakan salah satu daripada tiga pembunuh utama kanak-kanak di seluruh dunia, mengorbankan satu nyawa bagi setiap minit setiap hari. (1) Menurut data terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, hampir separuh daripada penduduk dunia adalah berisiko mendapat malaria (2). Pada tahun 2015, terdapat kira-kira 212 juta kes malaria dan dianggarkan 429,000 kematian disebabkan oleh malaria (3). Juga pada tahun yang sama, Sub-Sahara Afrika adalah pusat kepada 90% kes malaria dan 92% daripada kematian malaria (4). Lebih daripada dua pertiga (70%) daripada semua kematian malaria berlaku pada kanak-kanak di bawah umur lima tahun (5).
Walaupun malaria boleh dicegah dan dirawat (6), diagnosis yang betul adalah kritikal. Ujian molekul telah terbukti lebih berkesan daripada pilihan semasa dalam mengesan parasit malaria pada tahap yang sangat rendah, yang dikenali sebagai "muatan." Mengenal pasti individu muatan rendah mempunyai dua manfaat iaitu untuk memastikan mereka menerima rawatan dan mencegah penyebaran penyakit ini kepada orang lain.
"Orang boleh menjadi pembawa malaria tanpa menunjukkan sebarang gejala, dan mengesan individu-individu asimptomatik ini adalah mencabar," kata Slava Elagin, Naib Presiden Eksekutif, Penyelidikan & Pembangunan di Meridian Bioscience. "Jika ujian tidak dapat mengenal pasti mereka, menghapuskan malaria adalah mustahil kerana individu-individu ini boleh menyebarkan penyakit ini kepada orang lain."
Senario ini terjadi atas fakta bahawa malaria tidak lagi hanya penyakit sub-Sahara Afrika dan Asia Selatan. Semakin banyak orang berhijrah dari negara-negara di mana malaria adalah endemik telah menyebabkan insiden yang lebih tinggi di Eropah dan Timur Tengah. Dalam kajian yang lebih terkini menunjukkan peratusan kes malaria yang diimport telah meningkat dalam tempoh beberapa tahun lepas daripada 14% kepada 86%. Pada pengumpulan laporan, hampir 43% daripada kes-kes malaria yang berdaftar di pusat-pusat utama Eropah berlaku di pusat bukan warganegara. Kadar malaria adalah lebih tinggi pada pendatang yang menetap yang pergi melawat rakan-rakan dan saudara-mara di negara asal mereka. Mereka boleh menyumbang sehingga 70% daripada kes-kes berdasarkan beberapa laporan dan peningkatan ini menekankan keperluan untuk alat diagnostik yang lebih baik dalam kedua-dua negara bukan endemik dan endemik.
Walaupun bukan konsep baru, ujian molekul secara tradisinya merupakan satu proses yang kompleks yang memerlukan makmal serba lengkap dan kakitangan ujian yang terlatih. Kejayaan
illumigene Malaria oleh Meridian Bioscience adalah kerana ia boleh digunakan dalam makmal lapangan, di mana tempat jangkitan malaria yang paling tinggi dan pengesanan muatan rendah paling mencabar untuk didiagnosis dan dirawat.
illumigene Malaria adalah mesra pengguna, tidak memerlukan latihan khas atau pelaburan modal, hasil keputusan boleh didapati dalam masa kurang satu jam dan bahan-bahan ujian boleh disimpan pada suhu bilik.
"Ini adalah satu langkah besar dalam usaha bagi memberi penjagaan yang lebih baik untuk mereka yang dijangkiti malaria dan untuk menghentikan penyebarannya," kata John A. Kraeutler, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Meridian Bioscience.
Adanya makmal lapangan letak atur dan mesra pengguna,
illumigene Malaria akan meningkatkan dan bukannya menggantikan protokol ujian yang sedia ada. Ia akan menyertai ujian diagnostik (RDT) dan mikroskopi yang pesat untuk mewujudkan kumpulan protokol pengesanan yang akan membantu rawatan terus di mana ia diperlukan.
"Malaria adalah penyakit yang amat dahsyat dan kami bangga untuk bekerjasama dengan semua individu yang berbakat dan berdedikasi di seluruh dunia dalam usaha untuk menghapuskannya," kata Kraeutler.
illumigene Malaria akan diedarkan di Eropah, Timur Tengah dan rantau Afrika oleh Meridian Bioscience Eropah dan tambahan di pasaran antarabangsa oleh rangkaian pengedaran global Syarikat. Cerakinan kesepuluh kini boleh didapati di platform
illumigene kami yangsedang digunakan di lebih 1,500 institusi di seluruh dunia.
1 - Kenyataan akhbar Meridian, "Ujian Malaria Baru,
illumigene Malaria, Menetapkan Piawaian Diagnosis Tertinggi Baru", 1.26.16
2 - Pertubuhan Kesihatan Sedunia: 10 fakta mengenai malaria (
http://www.who.int/features/factfiles/malaria/en/) Kemaskini Disember 2016
3 – ibid
4 – ibid
5 – ibid
6 - Pertubuhan Kesihatan Sedunia,
Strategi Teknikal Global untuk Malaria: 2016-2030 Mengenai Meridian Bioscience, illumigene Malaria & Teknologi LAMP