ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  POWERPHASE DAN PLN TANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BAGI APLIKASI TURBOPHASE® DI INDONESIA

Wednesday 26/04/2017



JAKARTA, Indonesia, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Powerphase dan PT Perusahaan Listrik Negara (PLN), syarikat tenaga negara bagi Indonesia, telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini. MoU itu ditandatangani oleh PLN dan Powerphase bersempena lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat Pence ke Indonesia. Dengan perjanjian ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama berhubung satu pelan pelaksanaan secara berperingkat bagi Pancitan Udara Kering Turbophase®, bermula dengan satu kajian kebolehlaksanaan dan termasuk dua projek 50 MW, diikuti oleh satu pelaksanaan penuh bagi 2 GW kuasa tambahan. 2 GW akan diramal dikontrakkan dan dipasang pada aset PLN yang sedia ada dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ekonomi Indonesia sedang menikmati pertumbuhan KDNK yang pesat yang didorong oleh jumlah penduduk yang mencecah lebih 250 juta orang, termasuk sebuah kelas menengah yang besar dan semakin berkembang. Ketika penduduk Indonesia menikmati lebih banyak pembandaran dan perindustrian, permintaan bagi kuasa elektrik turut meningkat. PLN, syarikat tenaga milik negara, telah bergerak dengan pantas untuk menangani keperluan itu dengan mewujudkan satu rangka kerja ekonomi yang kondusif bagi pelaburan di dalam sektor tenaga. Syarikat-syarikat seperti Powerphase yang berpangkalan di Amerika Syarikat membawa penyelesaian yang berinovatif kepada Indonesia untuk memenuhi dengan pantas permintaan itu.

Powerphase mempunyai lebih daripada 100 paten yang menunggu kelulusan di seluruh dunia yang berkisar daripada teknologi pancitan udara kering bagi turbin pembakaran, yang diberi nama Turbophase®. Dengan menggunakan sistem Turbophase® di Indonesia, negara itu akan merealisasikan lebih output dan kecekapan dari loji kuasa mereka yang sedia ada. "Satu daripada faedah utama bagi sistem Turbophase® ialah bagaimana pantas ia boleh digerakkan," kata Bob Kraft Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Powerphase. Kraft berkata, "Kami amat teruja untuk membawa teknologi kami kepada rakyat Indonesia dan kami berterima kasih kepada Perkhidmatan Komersil Amerika Syarikat di atas bantuan mereka di dalam membantu kami bekerjasama dengan PLN dan kerajaan Indonesia."

Pengeluaran sistem Turbophase® di Indonesia akan menggunakan teknologi canggih yang hampir kesemuanya daripada syarikat-syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat seperti Powerphase termasuk enjin dari Caterpillar, sistem kawalan dari General Electric, instrumentasi dari Emerson dan injap dari Bray. Dengan memudahkan pengenalan bagi syarikat-syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat seperti ini dan yang lain, Perkhidmatan Komersil Amerika Syarikat menyedari misinya untuk mewujudkan kemakmuran melalui perdagangan global. Projek itu akan mewujudkan peluang pekerjaan di Amerika Syarikat dan Indonesia apabila pelaksanaan individu dilaksanakan di seluruh negara.

Projek pelaksanaan penuh itu akan mewujudkan penjimatan tahunan lebih daripada 2 juta tan C02, bersamaan dengan mengeluarkan lebih 400,000 kereta dari jalan raya. Jumlah nilai projek dianggarkan pada AS$ 80 Juta untuk fasa 1 dan US$ 1.6 Billion untuk skala penuh. Powerphase telah menawarkan kepada PLN dengan satu pendekatan turnkey yang penuh termasuk pembiayaan. Jumlah pelaksanaan projek itu akan menjimatkan Indonesia sebanyak AS$ 11.6 Bilion sepanjang tempoh operasi selama 20 tahun.

Maklumat mengenai Powerphase:

Powerphase adalah sebuah pemimpin dunia di dalam teknologi turbin pembakaran dengan mempunyai lebih daripada 100 paten yang menunggu kelulusan. Dengan memberi tumpuan kepada kecekapan udara turbin pembakaran, Powerphase telah dapat membuka potensi yang belum diusahakan sebelum ini dari loji kuasa turbin pembakaran, peningkatan output yang menjimatkan kos, kecekapan bahan api, fleksibiliti dan prestasi. Powerphase berpangkalan di Amerika Syarikat dengan ibu pejabat global di Jupiter, Florida, Amerika Syarikat dan pejabat wilayah di Denver, Colorado, Amerika Syarikat dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan Singapura.

Hubungi
Powerphase
Hubungan Media:
Encik Steve Quisenberry, +1 561-339-2096
Naib Presiden
 
Sumber: Powerphase
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51544348&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.