ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TACONIC BIOSCIENCES MENGUMUMKAN PENGELUARAN MODEL HAIWAN PENYAKIT PARKINSON BAHARU

Thursday 27/04/2017



HUDSON, N.Y., 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, sebuah peneraju global dalam model tikus tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan yang berkaitan, mengumumkan bahawa berkuat kuasa pada 17 April 2017, bersempena dengan Michael J. Fox Foundation for Parkinson’s Research (MJFF), memulakan pengedaran komersil bagi Model 13940 (C57BL/6- Lrrk2tm4.1Arte) tikus berpenyakit Parkinson baharu.
 
Pembangunan Model 13940 menggariskan komitmen bagi kedua-dua Taconic dan MJFF untuk menyediakan model novel bagi mempercepatkan ujian penyakit Parkinson.
 
Model 13940 adalah Knock-In (KI) juzukan/Knock-Out (KO) bersyarat daripada gen LRRK2 tikus. Mutasi titik G2019S manusia telah diperkenalkan ke dalam exon 41 gen LRRK2 tikus. Selain itu, exon 41 diapit oleh tapak lox P untuk menjana KO juzukan bagi gen LRRK2 semasa antara kacukan dengan strain penghapus Cre. 
  • Alpha-mutasi G2019S dikaitkan dengan perkembangan penyakit Parkinson, kedua-duanya terpencil dan kekeluargaan1.
  • Pada pesakit, mutasi G2019S LRRK2 adalah mutasi dominan autosomal yang membawa kepada patologi yang sama dengan apa yang diperhatikan pada penyakit Parkinson idiopatik.
  • Pada usia 18 bulan, tikus G2019S LRRK2 menunjukkan peningkatan tindak balas lokomotor selepas cabaran amfetamina.
  • Mutasi knock-in ini tidak menjejaskan fungsi motor basal atau tingkah laku yang lebih kompleks pada tikus C57Bl6.
 
Dr. Michael Seiler, Pengarah portfolio Taconic Biosciences untuk model tereka bentuk secara genetik komersial, menyatakan bahawa, "Penyakit Parkinson melibatkan 1 dalam 100 orang yang berusia lebih 60 tahun (https://www.michaeljfox.org/understanding-parkinsons/living-with-pd/topic.php?causes&navid=causes). Model ini menyediakan penyelidik di seluruh dunia dengan alat novel untuk membantu mencari penawar untuk penyakit dahsyat ini."   
 
Dr. Nicole Polinski, pengarah bersekutu bagi alat pra-klinikal dan portfolio model haiwan di Michael J. Fox Foundation mengulas: "Menyediakan penyelidik dengan akses terbuka kepada model pra-klinikal adalah satu pelaburan yang penting untuk mempercepatkan penyelidikan di dalam patologi dan rawatan penyakit Parkinson. Model ini secara khususnya adalah novel dan bermanfaat kerana ia adalah mutasi yang disasarkan dengan peraturan endogen dan oleh itu mungkin mengikhtisarkan mekanisme patologi berkaitan G2019S LRRK2 bagi mutasi yang berkaitan secara klinikal ini."
 
Model 13940 dihasilkan dan diedarkan di bawah hak untuk mempaten dan/atau harta intelektual yang dimiliki oleh dan dilesenkan kepada MJFF dan Taconic. Taconic mempunyai hak untuk mengedarkan model itu bagi pihak MJFF. MJFF membenarkan penjualan kepada setiap pembeli yang bersetuju dengan Terma dan Syarat jualan. Model ini dihasilkan dalam kemudahan terkini di Murine Pathogen Free™ (MPF™) health status.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model penyakit Parkinson baharu ini, sila hubungi Taconic Biosciences di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah atau di info@taconic.com.
 
Rujukan
1  P.Matikainen-Ankney BA, et al. 2016. Altered Development of Synapse Structure and Function in Striatum Caused by Parkinson's Disease-Linked LRRK2–G2019S Mutation. J Neurosci. Jul 6; 36(27): 7128–7141. PMID: 27383589
 
Mengenai Taconic Biosciences, Inc. 
Taconic Biosciences merupakan peneraju global berlesen penuh bagi model dan perkhidmatan roden tereka bentuk secara genetik. Taconic, yang diasaskan pada tahun 1952, membantu syarikat dan institusi bioteknologi memperoleh, menjanakan secara tersuai, membiak, memprasyaratkan, menguji dan mengedarkan model penyelidikan yang berharga di serata dunia. Sebagai pakar untuk model tikus tereka bentuk secara genetik, model tikus penyelidikan kejituan, dan perkhidmatan rekaan model dan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan hampir ke mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

Sumber : Taconic Biosciences

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.