ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN KIPAS HIASAN JEPUN DAN EROPAH

Wednesday 03/05/2017



Jalin Kerjasama dengan Bandar Raya Kyoto dan Institut Penyelidikan POLA bagi Kecantikan dan Budaya

TOKYO, 3 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun, yang terletak di Shinjuku, Tokyo, menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas bertajuk “Keajaiban Ogi – Pameran Kipas Jepun & Eropah-” yang menonjolkan keindahan kipas hiasan Jepun, yang telah dibawa sehingga ke Eropah dan menjadi inspirasi bagi kipas-kipas yang digunakan oleh golongan wanita bangsawan di Eropah. Pameran ini adalah percuma dan diadakan pada Mei, 2017. Pelbagai jenis yang mencakupi kira-kira 50 kipas dipaparkan untuk memperlihatkan keindahannya yang menawan hati dan bagaimana ia telah menjadi barangan fesyen yang sangat popular di kalangan wanita bangsawan pada Zaman Rococo pada abad ke-18.

Kipas-kipas ogi dari Jepun yang akan dipamerkan adalah dipinjamkan dari Muzium Kyoto bagi Kraf Tradisional, Kipas Lipat Kyoto dan Persatuan Koperasi Komersil Kipas-kipas Bulat dan Pertubuhan bagi Warisan Kebudayaan, dan menggambarkan sejarah bagi kipas-kipas “Hi-ogi” Istana Maharaja  Jepun tradisional. Terdapat penjelasan mengenai pelbagai kegunaan kipas-kipas hiasan ini di dalam tarian Jepun tradisional dan monolog penceritaan rakugo. Tiga puluh kipas yang berbeza akan dipaparkan untuk menggambarkan kecantikan estetik bagi bentuk seni budaya Jepun ini.

Institut Penyelidikan POLA bagi Kecantikan dan Budaya akan meminjamkan kira-kira 20 kipas dari Barat ke pameran ini untuk menunjukkan keindahan dan nilai budaya bagi kipas-kipas yang digunakan oleh golongan wanita bangsawan semasa abad ke-18 hingga ke-20 di Eropah, yang telah diilhamkan oleh kipas-kipas "Ogi" dari Jepun. Kipas-kipas dalam pelbagai reka bentuk dan bahan termasuk yang dibuat daripada renda halus dan lutsinar yang digunakan dalam majlis perkahwinan, Kipas-kipas bersulam daun emas berbingkai yang bergaya gothik, kipas-kipas eksotik yang dibuat di China, dan kipas-kipas gaya seni nouveau yang dicipta untuk isi rumah bangsawan juga akan dipamerkan bersama-sama dengan penerangan mengenai sejarah mereka dan bagaimana bentuk seni itu berkembang mengikut masa. Kipas-kipas yang dipaparkan dalam pameran itu juga akan menyediakan kepada pengunjung dengan suatu rasa mengenai peranan mereka di dalam sejarah dan bagaimana mereka telah digunakan disebabkan oleh keindahan estetik mereka.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
Keio Plaza Hotel Tokyo, yang terletak di Shinjuku, Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan perkhidmatan yang unik yang membolehkan mereka untuk mengalami budaya Jepun, yang termasuk bilik-bilik bertemakan Hello Kitty, pengalaman memakai kimono perkahwinan, upacara minum teh, pengalaman ikebana dan banyak lagi.

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170502005725/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.