ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  ANUGERAH PELARIAN SHARJAH MENGIKTIRAF PENCAPAIAN YAYASAN KEMANUSIAAN YAMAN DENGAN USD 100,000

Wednesday 03/05/2017



SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 3 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Pembangunan Lestari (SDF) di Yaman telah dianugerahkan USD 100,000 sebagai mengiktiraf usaha-usaha kemanusiaan mereka untuk menyelamatkan nyawa dan memulihkan maruah. Di sebuah daripada zon konflik yang tidak stabil di Timur Tengah, yayasan itu telah menyediakan keperluan asas iaitu air, makanan dan tempat tinggal serta projek-projek pendidikan dan integrasi dan misi pembersihan periuk api.

Anugerah itu untuk perkhidmatan yang berterusan telah dikemukakan oleh Anugerah Antarabangsa Sharjah yang julung kali diadakan bagi Perakuan dan Sokongan Pelarian, satu inisiatif yang dilancarkan oleh Sharjah, Emiriah Arab Bersatu. Ia dianjurkan oleh Big Heart Foundation di emiriah itu, sebuah badan amal kemanusiaan global yang bertujuan untuk membantu pelarian dan orang yang memerlukan di seluruh pelusuk dunia dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian.

Walaupun tidak putus-putus menghadapi bahaya dan keadaan penuh kepayahan pada setiap hari, SDF, yang ditubuhkan pada tahun 2003 oleh sekumpulan kecil sukarelawan, telah melaksanakan sebuah spektrum yang terdiri daripada projek-projek bersama dan kemanusiaan di daerah-daerah yang paling teruk terjejas, dengan memberikan perlindungan yang lebih besar kepada orang awam, terutamanya di kawasan luar bandar.

Anugerah itu bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada mereka yang telah melakukan usaha-usaha kemanusiaan yang cemerlang kepada sesiapa yang mencari perlindungan dan keluarga pelarian di Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. Ia diadakan di bawah naungan Yang Teramat Mulia Sheikh Dr. Sultan Bin Muhammad Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi Pemerintah Sharjah, dan isteri beliau, Yang Teramat Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi, Pengerusi Big Heart Foundation, dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Penyokong Terbilang Pelarian bagi Pelarian Kanak-kanak.

Yang Teramat Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi, berkata: "Inisiatif yayasan itu adalah contoh yang patut dipuji bagi kebanyakan organisasi dan entiti di rantau itu untuk diikuti bagi membantu golongan yang mudah terjejas, yang sakit dan yang hilang tempat tinggal. Adalah amat penting bahawa kita mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada mereka yang menguntukkan banyak masa dan usaha mereka kepada usaha-usaha murni seperti itu.

"Pencapaian ini adalah satu peringatan yang amat diperlukan bahawa dunia ini adalah pada asasnya sebuah tempat yang baik dengan orang yang baik dan Anugerah Antarabangsa Sharjah bagi Perakuan dan Sokongan Pelarian adalah satu tanda hormat dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan penting kepada pelarian di seluruh dunia."

Hubungi
National Network Communications
Fadia Daouk, 052 617 2111
f.daouk@nncpr.com

Sumber: Sharjah

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170503005543/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.