ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  ​BIOTEKNOLOGI/TANAMAN DIUBAHSUAI GENETIK (GM) MELONJAK KE SATU PUNCAK BAHARU SEBANYAK 185.1 JUTA HEKTAR PADA 2016

Thursday 04/05/2017



Kawasan Global Melantun dari 2015 ketika Petani Terus Mengamalkan Tanaman Bioteknologi
 
BEIJING, 4 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perkhidmatan Antarabangsa bagi Pemerolehan Penggunaan Pertanian Bioteknologi (ISAAA) hari ini mengeluarkan laporan tahunan mereka yang menunjukkan peningkatan 110 kali ganda di dalam kadar penggunaan tanaman bioteknologi secara global dalam tempoh hanya 21 tahun selepas pengkomersilannya – berkembang dari 1.7 juta hektar pada tahun 1996 kepada 185.1 juta hektar pada tahun 2016. Laporan ISAAA, "Status Global mengenai Pengkomersilan Bioteknologi/Tanaman Diubahsuai Genetik (GM): 2016," terus menunjukkan manfaat jangka panjang berhubung tanaman bioteknologi bagi petani di negara-negara membangun dan negara perindustrian, dan juga pengguna mendapat manfaat daripada varieti komersil dan yang diluluskan baru-baru ini.
 
"Tanaman bioteknologi telah menjadi satu sumber pertanian yang penting bagi petani di seluruh dunia oleh kerana manfaatnya yang besar bagi meningkatkan daya pengeluaran dan kadar keuntungan, serta usaha-usaha pemuliharaan," kata Pengerusi Lembaga ISAAA, Paul S. Teng. "Dengan kelulusan komersil dan penanaman varieti baharu bagi bioteknologi kentang dan epal, pengguna akan mula menikmati faedah langsung bioteknologi dengan hasil yang tidak mungkin rosak atau merosakkan, yang seterusnya mempunyai potensi untuk mengurangkan dengan ketara sisa makanan dan perbelanjaan runcit oleh pengguna."
 
Sambil meneliti faedah lain berhubung bioteknologi, ISAAA melaporkan bahawa penggunaan tanaman bioteknologi telah mengurangkan pelepasan CO2  sama seperti mengeluarkan kira-kira 12 juta kereta dari jalan raya pada setiap tahun dalam tahun-tahun kebelakangan ini; biokepelbagaian yang dipulihara dengan mengeluarkan 19.4 juta hektar tanah daripada pertanian pada tahun 2015; dan mengurangkan kesan alam sekitar dengan pengurangan 19% di dalam penggunaan racun tumbuhan dan racun serangga.1 Di samping itu, di negara-negara membangun, menanam tanaman bioteknologi telah membantu mengurangkan masalah kelaparan dengan meningkatkan pendapatan bagi 18 juta petani kecil dan keluarga mereka, seterusnya meningkatkan kestabilan kewangan bagi lebih 65 juta orang.
 
"Bioteknologi merupakan satu daripada alat yang diperlukan di dalam membantu petani menanam lebih banyak makanan di atas kawasan tanah yang lebih kecil," jelas Penyelaras Global ISAAA Randy Hautea. "Walau bagaimanapun, janji mengenai tanaman bioteknologi hanya boleh direalisasikan jika petani berupaya untuk membeli dan menanam tanaman ini, berikutan satu pendekatan saintifik kepada kajian semula dan kelulusan kawal selia."
 
Ketika lebih banyak jenis tanaman bioteknologi diluluskan dan dikomersilkan untuk kegunaan petani, ISAAA menjangka untuk melihat kadar penerimaan terus meningkat dan memberi manfaat kepada petani di negara-negara membangun. Sebagai contoh, di antara negara-negara Afrika di mana proses pengawalseliaan secara tradisinya mewujudkan halangan kepada kadar penggunaan tanaman bioteknologi, kemajuan sedang direalisasikan. Pada tahun 2016, Afrika Selatan dan Sudan telah meningkatkan penanaman jagung, kacang soya dan kapas bioteknologi kepada 2.66 juta hektar dari 2.29 juta hektar pada tahun 2015. Di tempat lain di benua itu, satu gelombang baharu penerimaan sedang muncul ketika Kenya, Malawi, Nigeria, Ethiopia, Ghana, Nigeria, Swaziland dan Uganda membuat kemajuan di dalam kajian semula peraturan dan kelulusan komersial bagi pelbagai jenis tanaman bioteknologi.
 
"Walaupun mempunyai sejarah halangan kawal selia yang panjang, petani Afrika terus mengamalkan tanaman bioteknologi disebabkan oleh nilai yang direalisasikan oleh mereka daripada kestabilan dan daya pengeluaran bagi pelbagai jenis bioteknologi," kata Hautea. "Ketika semakin banyak negara bergerak ke hadapan dengan kajian semula pengawalseliaan bagi tanaman seperti pisang, kacang duduk dan sorgum, kami percaya bahawa penanaman tanaman bioteknologi akan terus berkembang di Afrika dan di tempat lain."
 
Juga pada tahun 2016, Brazil telah meningkat kawasan bioteknologi bagi tanaman jagung, kacang soya, kapas dan canola dengan satu angka yang luar biasa 11% – mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar kedua terbesar bagi tanaman bioteknologi selepas Amerika Syarikat. Di Brazil, kacang soya bioteknologi mencakupi 32.7 juta hektar daripada 91.4 juta hektar yang ditanam di seluruh dunia.
 
Untuk tahun 2016, ISAAA juga melaporkan bahawa terdapat peningkatan di dalam pengkomersilan dan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran bioteknologi dengan manfaat pengguna secara langsung. Ini termasuk kelulusan komersial bagi kentang Innate™ Russet Burbank Gen 2 yang telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat untuk dijual di Amerika Syarikat dan kentang berjenama Simplot Gen 1 White Russet™ yang telah diluluskan oleh Kesihatan Kanada untuk penjualan di pasaran segar di Kanada. Varieti kentang bioteknologi ini mempunyai tahap asparagina yang lebih rendah, yang mengurangkan penciptaan akrilamid semasa memasak menggunakan haba yang tinggi. Selain itu, kuantiti boleh dijual secara komersial yang pertama bagi Epal Arctic® telah dituai pada tahun 2016, disimpan sepanjang musim sejuk dan dijangka akan dijual di kedai-kedai runcit di Amerika Syarikat pada tahun 2017.
 
Sorotan tambahan daripada laporan ISAAA 2016 termasuk:
  • Kawasan Global meningkat semula pada tahun 2016 dengan 185.1 juta hektar tanaman bioteknologi berbanding dengan 179.7 juta hektar pada tahun 2015, apabila kawasan global untuk semua tanaman menurun, dan 181.5 juta hektar pada tahun 2014.
  • Pada tahun 2016, sebanyak 26 negara secara keseluruhan, termasuk 19 negara membangun dan 7 negara perindustrian, menanam tanaman bioteknologi. Negara-negara membangun menanam 54% daripada tanaman bioteknologi, berbanding dengan 46% bagi negara-negara perindustrian.
  • Lapan negara di Asia dan Pasifik, termasuk China dan India, menanam 18.6 juta hektar tanaman bioteknologi pada tahun 2016.
  • 10 buah negara di Amerika Latin, termasuk Paraguay dan Uruguay, menanam gabungan 80 juta hektar tanaman bioteknologi pada tahun 2016.
  • Pada tahun 2016, negara-negara utama yang menanam tanaman bioteknologi terus diwakili oleh Amerika Syarikat, Brazil, Argentina, Kanada dan India. Digabungkan, kelima-lima buah negara ini menanam 91% daripada kawasan tanaman bioteknologi dunia.
  • Empat buah negara di Eropah -- Sepanyol, Portugal, Republik Czech, Slovakia -- menanam lebih daripada 136,000 hektar jagung bioteknologi pada tahun 2016, satu peningkatan sebanyak 17% dari tahun 2015, sekali gus mencerminkan keperluan EU bagi jagung yang tahan serangga.
  • Tanaman bioteknologi dengan sifat-sifat bertindan menyumbang 41% daripada kawasan global, kedudukan kedua hanya kepada toleransi racun tumbuhan pada 47%.
  • Varieti kacang soya bioteknologi menyumbang bagi 50% daripada kawasan tanaman bioteknologi dunia. Berdasarkan kepada kawasan global bagi tanaman individu, 78% bagi kacang soya, 64% kapas, 26% jagung dan 24% canola ditanam di dunia adalah daripada jenis bioteknologi.
  • Negara-negara dengan penggunaan lebih daripada 90% bagi kacang soya bioteknologi adalah Amerika Syarikat, Brazil, Argentina, Kanada, Afrika Selatan, dan Uruguay; hampir atau lebih 90% penggunaan bagi jagung bioteknologi adalah Amerika Syarikat, Brazil, Argentina, Kanada, Afrika Selatan, dan Uruguay; lebih 90% daripada kapas bioteknologi adalah Amerika Syarikat, Argentina, India, China, Pakistan, Afrika Selatan, Mexico, Australia, dan Myanmar; dan dengan 90% atau lebih daripada canola bioteknologi adalah Amerika Syarikat dan Kanada.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ringkasan eksekutif berhubung laporan itu, sila layari www.isaaa.org.
 
Maklumat mengenai ISAAA:
Perkhidmatan Antarabangsa bagi Pemerolehan Penggunaan Pertanian Bioteknologi (ISAAA) adalah sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan dengan mempunyai satu rangkaian antarabangsa terdiri daripada pusat-pusat yang direka untuk menyumbang kepada pembasmian kelaparan dan kemiskinan dengan berkongsi pengetahuan dan aplikasi bioteknologi tanaman. Clive James, Pengerusi Emeritus dan Pengasas ISAAA, telah menetap dan/ atau bekerja sepanjang 30 tahun yang lalu di negara-negara membangun di Asia, Amerika Latin dan Afrika, dengan menumpukan usaha beliau kepada isu-isu penyelidikan dan pembangunan pertanian dengan memberi tumpuan kepada tanaman bioteknologi dan keselamatan makanan global.
 
1 Brookes and Barfoot, 2017, Forthcoming
 
Hubungi
Bagi pihak ISAAA
Caitlyn Lower, 512-495-7188
caitlyn.lower@fleishman.com

Sumber: ISAAA

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170503005134/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.