ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  EIG MENGUASAI PENUTUPAN AKHIR BAGI DANA HUTANG PERSENDIRIAN GLOBAL

Friday 05/05/2017



$2.0 bilion dijana di dalam Dana Pinjaman Langsung EIG terbaharu

WASHINGTON, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG Global Energy Partners (EIG) hari ini mengumumkan penutupan akhir yang berjaya bagi Dana Hutang Persendirian Global (GPF IV), satu kesinambungan di dalam platform terkemuka di pasaran oleh firma itu bagi kredit dan pinjaman langsung untuk tenaga dan infrastruktur. Dilancarkan pada Februari 2015, GPF IV memeterai perjanjian pertama pada Oktober 2015 dan setakat ini telah melengkapkan lima pelaburan, termasuk dua pencapaian penuh. Dana yang diperoleh daripada pelabur institusi yang bermastautin di luar Amerika Syarikat mewakili 68% daripada komitmen modal, seterusnya mencerminkan ciri-ciri global bagi perniagaan EIG. Dengan penutupan GPF IV, EIG meneruskan kepakaran unik mereka di dalam pinjaman langsung khusus bagi projek-projek tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga dan syarikat-syarikat mengikut dasar global.

Ketua Pegawai Eksekutif EIG R. Blair Thomas berkata, "Kami gembira dengan kepercayaan rakan kongsi terhad dan rakan perunding terhadap kami dan berterima kasih di atas keyakinan mereka pada penutupan GPF IV. Hasil yang berjaya ini adalah penting terutamanya setelah mengambil kira bahawa penurunan 71% di dalam harga minyak yang berlaku di tengah-tengah pengumpulan dana dan adalah merupakan bukti mengenai kepakaran unik EIG di dalam pinjaman langsung khusus merentasi rantaian nilai tenaga di peringkat global. Dengan platform pengasalan EIG yang mendalam, kami percaya bahawa kami berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan yang berterusan bagi modal untuk infrastruktur tenaga dan bagi terus mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemberi pinjaman tradisional yang beroperasi di bawah kekangan kawal selia. Kami percaya bahawa asas-asas pasaran yang kukuh menggalakkan pelaburan tambahan, dan dengan pasukan kami yang berpengalaman, rekod pencapaian dan platform global yang luas, EIG bersedia untuk mengambil kesempatan daripada pelbagai peluang yang pasaran kami tawarkan pada masa ini."

Ejen penempatan utama EIG bagi GPF IV adalah Credit Suisse dan penasihat undang-undang adalah Debevoise & Plimpton LLP.

Maklumat mengenai EIG

EIG Global Energy Partners membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global dan mempunyai $15.1 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Mac 2017. Sejak tahun 1982, EIG telah menjadi satu daripada pembekal terkemuka bagi modal institusi untuk industri tenaga global, dengan menyediakan penyelesaian pembiayaan merentasi kunci kira-kira bagi syarikat-syarikat dan projek-projek di dalam sektor minyak dan gas, pertengahan, infrastruktur, sektor tenaga dan boleh diperbaharui di peringkat global. EIG telah melaburkan $23.7 bilion di 317 pelaburan portfolio di 36 buah negara. EIG beribu pejabat di Washington, D.C., dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.eigpartners.com.
 
Hubungi
Sard Verbinnen & Co.
Robert Rendine / Brandon Messina, 212-687-8080
Sumber: EIG Global Energy Partners

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170504006056/en 


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.