ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  HEBAHAN PERTANDINGAN STAY AT HOME CHALLENGE - D.I.Y CRAFT VIDEO

Monday 04/05/2020



KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menjemput semua untuk menyertai Pertandingan Stay At Home Challenge - D.I.Y Craft Video. Pertandingan ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira peringkat umur untuk menunjukkan kreativiti menghasilkan video pembuatan kraf Malaysia berkonsepkan do it yourself (DIY) mengunakan apps tik tok serta lain-lain apps. Pertandingan ini sedang berlangsung dan dibuka sehingga 12 Mei 2020. Hadiah menarik menanti peserta seperti berikut:
 
· Hadiah pertama – RM800.00
· Tempat kedua – RM500.00
· Tempat ketiga – RM300.00
· Saguhati – RM50.00/peserta (8 hadiah)
 
Sehubungan itu bagi memberi peluang penyertaan yang lebih luas, sukacita dimohon kerjasama daripada pihak media membantu menghebahkan Pertandingan Stay At Home Challenge - D.I.Y Craft Video kepada orang ramai untuk menyertai pertandingan ini.
 
Bersama-sama ini disertakan maklumat Pertandingan Stay At Home Challenge - D.I.Y Craft Video untuk makluman dan perhatian pihak media. 

Sila klik di sini untuk risalah
 
Sumber : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Norehan Ab. Ghani
Tel: 012-657 8824


Nama: Cik Farina Darus
Tel: 012-304 5354

Nama: En. Syafiq Khairi
Tel: 017-526 3659

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.