ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 07, 2024 -Isnin

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 21 (19 MEI 2024 - 25 MEI 2024)

Tuesday 04/06/2024



KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-21 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,426 kes berbanding 2,461 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat empat (4) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-21 tahun 2024.

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-21 adalah sebanyak 62,107 kes berbanding 46,257 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 46 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 31 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  

Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-21 adalah sebanyak 63 lokaliti berbanding 59 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 63 lokaliti yang dilaporkan, 44 lokaliti di Selangor, lapan (8) lokaliti di WPKL & Putrajaya, lima (5) lokaliti di Kedah, dua (2) lokaliti di Sarawak, dua (2) di lokaliti Perak, satu (1) lokaliti di Pulau Pinang dan satu (1) lokaliti di Negeri Sembilan.  

Bagi survelan chikungunya, terdapat empat (4) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-21. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 29 kes. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-21. Bagi survelan zika, sebanyak 1,049 sampel darah dan enam (6) sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.

Setiap lapisan masyarakat perlu pastikan kawasan persekitaran tempat tinggal adalah selamat dari ancaman bahaya denggi. Antara tempat yang sering dikaitkan dengan risiko pembiakan nyamuk Aedes yang tinggi adalah lorong-lorong belakang rumah (backlane). Tempat ini sering dijadikan tempat penyimpanan dan pembuangan barang-barang lusuh seperti bekas-bekas plastik, tong cat serta perabot lama. Barang-barang yang terbiar ini jika tidak dipantau secara berkala akan berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Lakukan aktiviti Cari dan Musnah tempat-tempat pembiakan Aedes dalam dan luar rumah, 10 minit sekali seminggu termasuk melupuskan barang-barang lusuh secara berhemah di tempat yang telah ditetapkan atau kitar semula untuk terus melestarikan alam sekitar. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.  

Sila klik di sini untuk Gambarajah
 
DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
31 Mei 2024  

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Nurhanis Asyeera Binti Rahman
Emel: nurhanisasyeera@moh.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.