ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 06, 2024 -Ahad

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 24 (09 JUN 2024 - 15 JUN 2024)

Wednesday 26/06/2024



KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-24 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,900 kes berbanding 2,508 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 tahun 2024. 

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-24 adalah sebanyak 70,037 kes berbanding 54,139 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 53 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 39 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 adalah sebanyak 85 lokaliti berbanding 71 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 85 lokaliti yang dilaporkan, 58 lokaliti di Negeri Selangor, lapan (8) lokaliti di WPKL & Putrajaya, enam (6) lokaliti di Negeri Kedah, lima (5) lokaliti di Negeri Perak, empat (4) di lokaliti Negeri Sembilan, dua (2) lokaliti di Negeri Pulau Pinang dan dua (2) lokaliti Sarawak. 

Bagi survelan chikungunya, terdapat tiga (3) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 37 kes. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-24. Bagi survelan zika, sebanyak 1,024 sampel darah, enam (6) sampel urin dan dua (2) sampel cairan tulang belakang telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif. 

Demam denggi boleh menyerang semua peringkat masyarakat tanpa mengira umur. Walau bagaimanapun risiko mendapat jangkitan demam denggi adalah lebih tinggi bagi individu yang tinggal atau berada di kawasan hotspot atau wabak denggi serta golongan bekerja dan pelajar yang kerap melakukan aktiviti di luar rumah. Amalkan langkah-langkah pencegahan kendiri seperti memakai pakaian berwarna cerah dan menutup anggota badan yang terdedah terutama sewaktu menjalankan aktiviti di luar rumah pada waktu aktif gigitan nyamuk Aedes, iaitu pukul 5 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam. Cegah denggi sebelum terkena. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika. 

Sila klik di sini untuk Gambarajah

DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
25 Jun 2024  

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel: +603-8883 3470
Faks: +603-8888 6187

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.