Program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa diteruskan ke Zon Selatan yang akan disertai oleh 300 orang pelajar termasuk pensyarah daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
Yang Berusaha Puan Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2024 turut hadir di program ini.
Selain itu, sesi perkongsian ilmu menerusi bengkel bersama siswa yang melibatkan tiga (3) sesi iaitu Mobile Journalism (MoJo), Semakan Fakta oleh Editor BERNAMA dan ceramah Klik Dengan Bijak oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).